Tarikh Pembayaran Fasa Ketiga Bantuan Sara Hidup 2020 Mulai 24 Julai (Permohonan Rayuan). Bilakah tarikh bayaran Bantuan Sara Hidup Fasa 3 tahun 2020? Panduan buat penerima BSH tahun 2020 khususnya kepada golongan berpendapatan rendah B40 dan bujang. Untuk makluman seperti yang diumumkan oleh kerajaan, pembayaran Bantuan Sara Hidup atau BSH 2020 Fasa Ketiga akan dilaksanakan mulai 24 Julai 2020 berdasarkan kategori BSH merangkumi bilangan anak tanggungan dan baki nilai BSH 2020 yang akan diterima. Bagi golongan isi rumah B40 termasuk bujang yang membuat permohonan baru BSH 2020 boleh semak status masing-masing menerusi portal rasmi BSH.

Peruntukan yang terlibat adalah sebanyak RM3 bilion dan memanfaatkan hampir 4.28 juta penerima merangkumi 3.75 juta isi rumah dan 0.53 juta individu bujang berusia antara 40 hingga 59 tahun. Penerima kategori isi rumah akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak berusia bawah 18 tahun dengan maksimum empat orang anak.
Tarikh Pembayaran Fasa Ketiga Bantuan Sara Hidup 2020 Mulai 24 Julai (Permohonan Rayuan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang BSH 2020 Fasa Ketiga termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan semakan status :
Jumlah dan Kategori Bayaran BSH 2020 Fasa 3
- Isi rumah pendapatan kurang RM2000 akan menerima BSH RM600
- Isi rumah pendapatan antara RM2000-RM3000 akan menerima BSH RM350
- Isi rumah pendapatan antara RM3000-RM4000 akan menerima BSH RM100
- Bujang (40 tahun ke atas) pendapatan kurang RM2000 akan menerima BSH RM400
Penerima kategori isi rumah juga akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak (bawah 18 tahun) maksima 4 orang anak.
Contoh : Isi rumah berpendapatan kurang RM2000 dengan 4 orang anak akan mendapat RM1080 (RM600 + RM120 + RM120 + RM120 + RM120)
Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup Fasa 3
Penerima Bantuan Sara Hidup tahun 2020 akan menerima bayaran Fasa 3 bersama tambahan RM120 untuk anak yang akan dikreditkan mulai 24 Julai 2020 secara berperingkat.
Artikel Berkaitan : Cara Tuntut Bantuan Khairat Kematian RM1,000 Buat Penerima BSH
Kaedah Bayaran BSH 2020 Fasa Ketiga
Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.
Cara Semak Status Permohonan BSH 2020
1. Semakan status boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi portal BSH https://bsh.hasil.gov.my/
2. Klik menu ‘Semakan Status Permohonan’ (Maklumat pembayaran BSH 2020).
3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan/ MyKad anda.
4. Isi captcha dan tekan butang ‘Semak’.
Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup 2020
Dalam pada itu, permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 7 Ogos sehingga 6 September depan. Permohonan boleh dibuat secara online di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my atau pemohon boleh hadir di cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Makluman Pembayaran BSH Fasa 3 Dan Tarikh Permohonan Rayuan


Sebarang keterangan lanjut tentang BSH, sila layari ke laman web BSH https://bsh.hasil.gov.my/ atau hubungi Hotline BSH di 1-800-88-2747.
BACA JUGA : Cara Muat Turun Aplikasi MySejahtera & Claim Kredit RM50 eWallet


