Semakan Status Dan Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup Isi Rumah B40 2020. Panduan buat penerima yang layak menerima Bantuan Sara Hidup tahun 2020. Untuk makluman, kerajaan baharu Malaysia masih meneruskan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang akan membantu golongan berpendapatan rendah B40 termasuk bujang dan Orang Kurang Upaya (OKU). Menurut makluman, pembayaran BSH bagi fasa pertama dan kedua telah diagihkan pada bulan Januari dan Mac lalu. Bilakah tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup bagi fasa ketiga? Berdasarkan kepada jadual pembayaran BSH yang dikeluarkan, bayaran disalurkan mengikut fasa dijadualkan pada bulan Januari, Mei dan Ogos 2020.
Sebelum ini, kategori isi rumah telah menerima RM300 pada bulan Januari 2020 manakala fasa kedua BSH pula dikreditkan ke akaun bank masing-masing mulai 16 Mac 2020. Sedia maklum, sebelum ini kerajaan ada memperkenalkan kategori tambahan buat anak, tetapi tahun ini kategori tambahan adalah bagi bujang berumur 40 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 18 tahun dan ke atas.
Semakan Status Dan Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup Isi Rumah B40 2020
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Sara Hidup tahun 2020 termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan semakan status :
Dalam pengumuman Bantuan Sara Hidup dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan baki pemberian tunai BSH yang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 billion.
Kategori BSH Isi Rumah 2020
1. Jumlah BSH RM1000 dengan tambahan RM120/ anak yang berpendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah.
2. Jumlah BSH RM750 dengan tambahan RM120/ anak yang berpendapatan bulanan RM2001 hingga RM3000.
3. Jumlah BSH RM500 dengan tambahan RM120/ anak yang berpendapatan bulanan RM3001 hingga RM4000.
Kadar Bayaran Bantuan Sara Hidup Isi Rumah 2020
Tarikh Bayaran BSH Isi Rumah
Menurut portal BSH, kerajaan akan membayar tambahan RM100 kepada setiap penerima BSH . Walau bagaimanapun, pembayaran ini akan dilakukan bersama dengan bayaran Fasa 3 BSH 2020 yang dijadualkan semula pada bulan Julai 2020.
Artikel Berkaitan : Semakan Dan Tarikh Bayaran BSH Tambahan RM100 & e-Tunai RM50
Semakan Status Bayaran BSH Isi Rumah
- Semakan status boleh dibuat secara online di portal https://bsh.hasil.gov.my/
- Pilih menu ‘Semakan Status Bayaran’.
- Sila masukkan ‘Nombor Kad Pengenalan’.
- Klik pada butang Carian.
- Ruangan Captcha akan dipaparkan dan isikan semula kod Captcha seperti yang tertera.
- Kemudian, klik butang ‘Semak’.
- Status bayaran akan dipaparkan.
Sebarang pertanyaan lanjut tentang BSH, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 atau emel kepada bsh@treasury.gov.my
BACA JUGA : Cara Mohon Dan Semakan Tuntutan Dekoder MYTV Percuma Bagi B40 & OKU