Tarikh Pembayaran Duit i-Lestari KWSP Untuk September 2020 (Jadual). Bilakah tarikh bayaran i-Lestari KWSP bulan September 2020? Panduan buat anda yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP tahun 2020. Untuk makluman, pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan sebelum ini telah dikreditkan ke akaun masing-masing pada tarikh yang ditetapkan. Bagi pemohon yang gagal dikreditkan, anda boleh buat pengemaskinian akaun bank di portal i-Lestari Online atau menerima Cek Jurubank daripada pihak KWSP. Pengeluaran i-Lestari KWSP bagi bulan September 2020 dijangka dikreditkan ke akaun bank mulai 1 September 2020 secara berperingkat.

Bagi anda yang nak buat permohonan baru atau pembatalan pengeluaran i-Lestari hendaklah dibuat sebelum atau pada 31 Mac 2021. Amaun pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah minimum RM50 dan RM500 maksimum. Pengeluaran i-Lestari adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19.
Tarikh Pembayaran Duit i-Lestari KWSP Untuk September 2020 (Jadual)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP termasuk memaparkan konsep am, tarikh dan semakan status :
Konsep Am Pengeluaran i-Lestari KWSP
Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).
Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
Jadual Bayaran i-Lestari KWSP
Menurut maklum balas daripada KWSP, Ahli hanya perlu membuat permohonan pengeluaran satu (1) kali sahaja. Ahli akan terima bayaran i-Lestari dalam tempoh yang sama pada setiap bulan berikutnya. Bagaimanapun, bayaran ini akan diproses pada hari bekerja berikutnya sekiranya tarikh bayaran jatuh pada hari Sabtu, Ahad atau cuti umum.
Jika pada 1 September 2020 masih belum terima lagi pembayaran bermakna pihak KWSP membuat pembayaran secara berperingkat.

Nota : Jadual bayaran pengeluaran i-Lestari KWSP di atas adalah sebagai rujukan sahaja.
Cara Semak Penyata Dan Baki KWSP Akaun 2
Bagi Ahli yang mempunyai i-Akaun KWSP boleh semak baki dan transaksi bayaran pengeluaran i-Lestari secara atas talian seperti berikut :
- Login i-Akaun KWSP bagi anda yang ada akaun. Jika tiada buat pendaftaran di Kiosk KWSP berdekatan.
- Pilih Withdrawal/ Pengeluaran
- Pilih Withdrawal History
ARTIKEL BERKAITAN : Cara Kemaskini Maklumat Pembayaran i-Lestari KWSP
Cara Semakan Status Pengeluaran i-Lestari KWSP
Berikut adalah cara semakan status pengeluaran i-Lestari KWSP adalah iaitu :
- Semakan status boleh dibuat secara online menerusi laman web https://ilestari.kwsp.gov.my
- Klik pada tab ‘SEMAK STATUS’.
- Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit yang didaftarkan.
- Klik pada kotak ‘saya bukan robot’.
- Kemudian, klik pada butang semak.
Sebarang pertanyaan lanjut tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP, sila hubungi di talian hotline KWSP 03-8922-4848.
BACA JUGA : Cara Permohonan Pembatalan Dan Kemaskini Pengeluaran i-Lestari KWSP
Penafian : Laman web myinformasi tiada sebarang kaitan dengan KWSP. Laman ini hanya kongsikan atau sampaikan informasi kepada umum. Sebarang kehilangan tidak dipertanggungjawabkan oleh laman myinformasi.


