Cara Daftar & Semak Status Permohonan Telefon Pintar Percuma B40 Dengan Data 120GB Online

Cara Daftar & Semak Status Permohonan Telefon Pintar Percuma B40 Online. Berita baik buat pelajar sekolah yang keluarga berpendapatan rendah B40. Untuk makluman, YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia menawarkan telefon pintar percuma kepada pelajar-pelajar sekolah kerajaan dari keluarga berpendapatan rendah B40 yang tidak memiliki telefon pintar atau peranti mudah alih untuk sesi pembelajaran di rumah. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman web rasmi YTL Foundation.

Cara Daftar & Semak Status Permohonan Telefon Pintar Percuma B40 Dengan Data 120GB Online

Selain pemberian bantuan telefon pintar, pelajar yang terpilih akan turut menerima kad SIM YES 4G dilengkapi dengan data 40GB selain sumber pembelajaran yang turut diberikan kepada pelajar sekolah terbabit. Setiap telefon pintar terbabit akan dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data sebanyak 120 GB iaitu 10GB sebulan selama setahun. Dengan adanya telefon pintar membolehkan anak anda akses pembelajaran dan kuiz ulangkaji menerusi aplikasi FrogPlay atau e-Learning KPM.

Cara Daftar & Semak Status Permohonan Telefon Pintar Percuma B40 Dengan Data 120GB Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran telefon pintar percuma dari Yayasan YTL termasuk syarat kelayakan dan cara permohonan :

Apa Dimaksudkan Yang Keluarga B40?

Mengikut takrif kerajaan Malaysia, keluarga B40 terdiri daripada mereka yang berpendapatan isi rumah di bawah RM4,000. Status yang telah diluluskan oleh kerajaan ini adalah sebahagian daripada program Bantuan Sara Hidup (BSH).

Syarat Kelayakan Telefon Pintar Percuma Dengan Data 120GB

  • Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.
  • Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40

Kelebihan Bantuan Telefon Pintar Percuma Dengan Data

Telefon pintar percuma ini dilengkapi dengan :

  • Data 120GB (10GB data sebulan bagi tempoh 12 bulan)
  • Panggilan suara selama 60 minit ke nombor rangkaian lain, selain YES sebulan bagi tempoh 12 bulan
  • Panggilan suara dan sms tanpa had ke talian nombor YES

Cara Pendaftaran Telefon Pintar Percuma Dengan Data

Sebelum mencalonkan murid, sila pastikan murid adalah daripada keluarga B40 :

  1. Dapatkan kebenaran daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat berikut:
    i. Nombor MyKid/MyKad murid
    ii. Nombor MyKad Ibubapa
    iii. Status B40 ibubapa daripada portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
  2. Untuk mendapatkan status B40 ibubapa, sila pergi ke https://bpn.hasil.gov.my/, masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’.
  3. Untuk mengesahkan bahawa murid tergolong dalam keluarga B40, status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibubapa haruslah tertera sebagai LULUS dengan jumlah bantuan bernilai RM1,600.
  4. Setelah itu, anda hendaklah mendaftarkan nama dengan mengisi borang permohonan menerusi pautan https://appform.prod.frogdev.asia/ atau https://ytlfoundation.org/learn.
  5. Lengkapkan maklumat pelajar dan ibu bapa serta butiran tambahan yang diperlukan.

Artikel Berkaitan : Cara Semak Kelayakan Skim Kesihatan PEKA B40 Untuk Penerima BSH (PENJANA)

Semakan Status Telefon Pintar Percuma Dengan Data

Semakan Online

1. Semakan boleh dibuat secara online menerusi laman sesawang https://lcs.yes.my.

2. Di bahagian pilih inisiatif, anda boleh buat pilihan sama ada ‘SIM Percuma Dengan Data’, ‘Telefon Percuma Dengan SIM’, ‘SIM Percuma ICSS’ dan ‘SIM Percuma Universiti’.

3. Anda boleh pilih ‘Telefon Percuma dengan SIM’ dan masukkan Nombor MyKad Ibu Bapa yang didaftarkan.

4. Masukkan, Nombor MyKid/ MyKad murid yang dicalonkan.

5. Kemudian, klik pada butang ‘Hantar’ untuk semakan status permohonan sama ada LULUS atau GAGAL.

Semakan Emel

Anda akan dimaklumkan status permohonan menerusi emel. Ibu bapa akan turut menerima emel berkaitan proses pendaftaran.

Nota : Untuk makluman lanjut tentang soalan lazim telefon pintar percuma bersama data boleh dirujuk disini.

Gambar Penerima Telefon Pintar Percuma Bersama Data

Cara Daftar & Semak Status Permohonan Telefon Pintar Percuma B40 Dengan Data 120GB Online
FB Bunga Sofia
Cara Daftar & Semak Status Permohonan Telefon Pintar Percuma B40 Dengan Data 120GB Online
FB Suganthi Arjunan

BACA JUGA : Cara Daftar MyFutureJobs PERKESO Bagi Penganggur & Graduan (PenjanaKerjaya)

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian :

YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
ytlfoundation@ytl.com.my

No. Tel: +603 2038 0888
No. Fax: +603 2038 0388

Penafian : Laman web myinformasi.net tiada sebarang kaitan dengan Yayasan YTL. Portal web ini hanya kongsikan informasi ini kepada orang ramai sebagai pengetahuan umum sahaja.

3 Comments

  1. Tracy anna July 9, 2020
  2. Muhd Azwan bin Juilin July 10, 2020

Leave a Reply