Sinopsis Drama Shah Alam 40000 (Slot Akasia TV3). Nantikan drama bersiri terbaharu ‘Shah Alam 40000’ lakonan Umie Aida, Rita Rudaini dan Anna Jobling sebagai watak utama. Drama Shah Alam 40000 akan mula bersiaran pada 3 Ogos 2021 setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di slot Akasia TV3. Drama ini diarahkan oleh Isma Yusoof di bawah terbitan Global Station Sdn Bhd dan menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Fadlan Hazim, Arash Mohd, Shah Rezza, Jabir Meftah, Aedy Ashraf dan ramai lagi. Jom baca synopsis Drama Shah Alam 40000!
Sinopsis Drama Shah Alam 40000 (Slot Akasia TV3)
Berikut dikongsikan maklumat tentang Drama Shah Alam 40000 termasuk memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :
JUDUL : SHAH ALAM 40000
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 3 Ogos 2021
WAKTU SIARAN : Setiap hari Isnin hingga Jumaat, 7 malam
SIARAN TV : Slot Akasia (TV3)
IDEA ASAL : Omnia
PENULIS SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Isma Yusoof
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
SENARAI PELAKON : Anna Jobling, Umie Aida, Rita Rudaini, Fadlan Hazim, Arash Mohd, Shah Rezza, Jabir Meftah, Aedy Ashraf, Danish Iskandar, Zailin Aqeesha, Yusry Abdul Halim, Qistina Khaled
Senarai Pelakon Drama Shah Alam 40000
- Anna Jobling sebagai Shafinaz
- Umie Aida sebagai Datin Azalina
- Rita Rudaini sebagai Datin Rose
- Fadlan Hazim sebagai Kush
- Danish Iskandar sebagai Fatah
- Jabir Meftah sebagai Akiff
- Zailin Aqeesha sebagai Arisa
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan tentang situasi kejiranan golongan atasan di Shah Alam yang didiami oleh tiga wanita terkemuka iaitu Datin Sri Azlina, Datin Rose dan Tengku Shafinaz Mckenzie. Masing-masing menyimpan rahsia tersendiri sehinggalah ia terbongkar dan menyebabkan berlakunya insiden yang tidak diingini.