Tarikh Dan Tempat Pembayaran Secara Tunai Fasa 2 & 3 BSH, BPN & BKSS Bagi Pedalaman Sarawak (Tiada Akaun Bank)

Tarikh Dan Tempat Pembayaran Secara Tunai Fasa 2 & 3 BSH, BPN & BKSS Bagi Pedalaman Sarawak (Tiada Akaun Bank). Panduan buat Pedalaman Sarawak yang tidak mempunyai akaun bank untuk penunaian bayaran Fasa 2 & 3 BSH, BPN dan BKSS tahun 2020. Untuk makluman menerusi Perbendaharaan Malaysia Sarawak, mengumumkan tarikh dan tempat bayaran secara tunai Fasa 2 & 3 Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) serta Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) bagi kawasan Pedalaman Sarawak yang tiada akaun bank. Surat makluman akan dipos kepada penerima dan juga boleh membuat semakan di papan kenyataan Pejabat Residen atau Pejabat Daerah. Bagi penerima/ waris yang didaftarkan sahaja dibenarkan membuat penunaian di lokasi yang ditetapkan.

Tarikh Dan Tempat Pembayaran Secara Tunai Fasa 2 & 3 BSH, BPN & BKSS Bagi Pedalaman Sarawak (Tiada Akaun Bank)

Tarikh Dan Tempat Pembayaran Secara Tunai Fasa 2 & 3 BSH, BPN & BKSS Bagi Pedalaman Sarawak (Tiada Akaun Bank)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang bayaran secara tunai bagi Pedalaman Sarawak termasuk memaparkan tarikh dan lokasi pembayaran :

Jumlah dan Kategori Bayaran BSH Fasa 3 2020

  • Isi rumah pendapatan kurang RM2000 akan menerima BSH RM600
  • Isi rumah pendapatan antara RM2000-RM3000 akan menerima BSH RM350
  • Isi rumah pendapatan antara RM3000-RM4000 akan menerima BSH RM100
  • Bujang (40 tahun ke atas) pendapatan kurang RM2000 akan menerima BSH RM400

Penerima kategori isi rumah juga akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak (bawah 18 tahun) maksima 4 orang anak.

Contoh : Isi rumah berpendapatan kurang RM2000 dengan 4 orang anak akan mendapat RM1080 (RM600 + RM120 + RM120 + RM120 + RM120).

Tarikh Pembayaran Secara Tunai Bagi Pedalaman Sarawak

Mengikut daripada Perbendaharaan Malaysia Sarawak, bayaran baki BSH fasa 3 akan dilakukan bermula 1 Julai sehingga 31 Julai 2020.

Senarai Tempat Bayaran Secara Tunai BSH, BPN & BKSS Bagi Pedalaman Sarawak (Tiada Akaun Bank)

Berdasarkan maklumat daripada Perbendaharaan Malaysia Sarawak, berikut adalah tarikh dan tempat pembayaran BSH, BPN dan BKSS bagi Pedalaman Sarawak :

Masa Penunaian

Para penerima atau waris berdaftar diwajibkan membawa kad pengenalan/ Mykad/ MyKid/ Surat Beranak bagi tujuan penunaian seperti di lokasi yang ditetapkan.

  • Sesi 1: 8.30 hingga 11.30 pagi (dikhaskan untuk penerima warga emas iaitu 60 tahun dan ke atas)
  • Sesi 2: 11.30 pagi hingga 1.30 petang (penerima biasa iaitu 59 tahun ke bawah)
  • Sesi 3: 1.30 petang hingga 4.30 petang (penerima biasa 59 tahun dan ke bawah)
Tarikh Dan Tempat Pembayaran Secara Tunai Fasa 2 & 3 BSH, BPN & BKSS Bagi Pedalaman Sarawak (Tiada Akaun Bank)
Foto Kredit : FB Perbendaharaan Malaysia Sarawak

Nota : Sekiranya penerima atau waris tidak dapat hadir ke lokasi bayaran pada tarikh yang ditetapkan, penunaian masih boleh dibuat di semua cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran sebelum 31 Disember 2020.

Cara Semakan BSH Dan BPN Online

Penerima boleh buat semakan Bantuan Prihatin Nasional dan Bantuan Sara Hidup secara atas talian melalui pautan di bawah :

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian 1800-88-2747 bagi berkenaan Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

BACA JUGA : Cara Claim Internet 1GB Percuma Sehingga 24 Jam Mulai 1 Julai (PENJANA)

Leave a Reply