Semakan Status BKSS 6.0 Online Untuk Bujang & Isi Rumah B40. Bilakah tarikh bayaran BKSS 6.0? Panduan buat golongan isi rumah B40 dan bujang yang membuat permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0). Untuk makluman, semakan status BKSS 6.0 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman web rasmi BKSS. Bagi penerima yang layak akan menerima bayaran BKSS 6.0 sebanyak RM250 kepada isi rumah manakala bujang B40 pula sebanyak RM500 secara one-off. Bayaran BKSS 6.0 dijangka diagihkan pada bulan Julai dan Ogos 2021 mengikut kategori masing-masing.
Menurut daripada Kerajaan Sarawak akan memberi bayaran tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 kepada individu bujang B40 yang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan. Bagi golongan bujang yang menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan automatik terima bantuan BKSS 6.0. Manakala, isi rumah B40 yang tersenarai dalam BKSS sebelum ini akan menerima bayaran sebanyak RM250 setiap bulan selama 6 bulan berturut-turut.
Semakan Status BKSS 6.0 Online Untuk Bujang & Isi Rumah B40
Berikut dikongsikan maklumat tentang Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0 termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan aplikasi semakan :
Jumlah Bayaran BKSS 6.0
- Bantuan sebanyak RM500 akan diberi sekali sahaja kepada individu bujang B40 yang layak.
- Bantuan sebanyak RM250 akan diberi kepada ketua isi rumah B40 yang layak selama 6 bulan berturut-turut.
Cara Semak Status Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0 Online
1. Semakan status BKSS 6.0 boleh dibuat menerusi laman web rasmi https://www.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak.
2. Masukkan MyKad yang disahkan dan klik pada butang ‘Submit’.
Kaedah Pembayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0
A. Individu Bujang
1. Bagi yang mempunyai akaun bank berdaftar dengan LHDN, bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima masing-masing.
2. Bagi yang tidak mempunyai akaun bank yang berdaftar dengan LHDN, bayaran secara tunai boleh dituntut di Pejabat Bahagian, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak di seluruh Sarawak.
B. Isi Rumah
Kalau ada akaun bank berdaftar dengan LHDN, bayaran RM250 setiap bulan untuk selama 6 bulan mulai bulan Julai 2021. Bayaran akan dimasukkan terus ke akaun bank.
Sebarang pertanyaan lanjut tentang BKSS 6.0, sila hubungi di talian 082-555-999 atau e-mel ke 555999@sarawak.gov.my.
BACA JUGA : Cara Semak Status Permohonan Telefon Pintar Percuma Bagi Pelajar Sekolah B40