Cara Daftar Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Di JPW, JKM & iWanita. Berita baik buat golongan ibu tunggal yang memerlukan bantuan kewangan untuk menyara hidup seharian. Untuk makluman menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kerajaan Malaysia telah mengumumkan satu inisiatif baharu iaitu Bantuan Khas Ibu Tunggal khususnya kepada ibu tunggal yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Dijangka 190,000 ribu golongan orang kurang upaya (OKU) dan 150,000 ibu tunggal yang disenarai di bawah JKM akan terima bantuan sebanyak RM300 sebelum Aidiladha.
Menurut makluman terkini daripada Jabatan Pembangunan Wanita, selaras pengumuman YAB Perdana Menteri melalui Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek berkaitan Bantuan Khas Ibu Tunggal, pendaftaran bantuan tersebut akan dibuka dalam tempoh terdekat. Sebarang pemakluman akan dikemaskini dari semasa ke semasa melalui laman web dan Facebook Jabatan Pembangunan Wanita.
Cara Daftar Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 Di JPW, JKM & iWanita (PENJANA)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Khas Ibu Tunggal termasuk memaparkan cara pendaftaran :
Bantuan JKM RM300 One-Off Bagi Ibu Tunggal Dan OKU
Menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, kerajaan Malaysia mengumumkan seramai 300,000 OKU termasuk ibu tunggal tersenarai dengan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha tahun 2020.
Daftar Ibu Tunggal Di Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
Menurut portal Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), terdapat satu pautan e-Perkhidmatan untuk pendaftaran ibu tunggal. Kini, pendaftaran ibu tunggal boleh dibuat menerusi laman web Jabatan Pembangunan Wanita https://www.jpw.gov.my/ibu-tunggal-penjana/
Nota : Menurut Facebook Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), pendaftaran Bantuan Khas Ibu Tunggal akan dibuka dalam tempoh terdekat. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa melalui laman web dan Facebook JPW.
Jabatan Pembangunan Wanita, KPWKM sehingga kini masih belum membuka pendaftaran permohonan bantuan ibu tunggal secara online. Oleh yang demikian orang ramai terutama ibu tunggal “diingatkan” untuk berhati-hati dengan sebarang makluman pendaftaran selain daripada yang dimuat naik daripada laman web rasmi Jabatan Pembangunan Wanita.
Daftar Ibu Tunggal Di iWANITA
Permohonan ibu tunggal boleh dibuat secara online di portal iwanita.jpw.gov.my sekiranya diaktifkan pada tarikh ditetapkan. Menurut laman web itu, terdapat dua (2) kaedah pendaftaran ibu tunggal iaitu secara atas talian (online) dan manual. Buat masa sekarang permohonan masih belum dibuka lagi.
Daftar Ibu Tunggal Di JKM
Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah merupakan satu lagi agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat yang menguruskan kebajikan masyarakat. Untuk segala maklumat lanjut tentang pendaftaran ibu tunggal boleh rujuk laman web rasmi JKM https://www.jkm.gov.my.
Bantuan Khas Ibu Tunggal Dari Jabatan Pembangunan Wanita
Menurut Facebook Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), menyatakan pendaftaran Bantuan Khas Ibu Tunggal akan dibuka dalam tempoh terdekat. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa melalui laman web dan Facebook JPW.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook rasmi JKM https://www.facebook.com/JKMHQ atau Facebook rasmi JPW https://www.facebook.com/JPWanita/.
BACA JUGA : Cara Daftar i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah
Penafian : Laman web myinformasi tiada sebarang kaitan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pembangunan Wanita. Laman ini hanya kongsikan dan memberitahu tentang bantuan yang diumumkan oleh kerajaan. Untuk makluman lanjut sila layari ke laman web rasmi JKM dan JPW.