Cara Mohon Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang Secara Online (BKSS)

Cara Mohon Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang Secara Online (BKSS). Berita baik buat rakyat negeri Sarawak yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Untuk makluman, kerajaan Negeri Sarawak mengumumkan satu bantuan khas iaitu Bantuan Khas Sarawakku Sayang yang kini diteruskan kepada BKSS 3.0 khususnya kepada ketua isi rumah B40 termasuk golongan bujang. Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat permononan rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) secara online di laman web rasmi www.sarawak.gov.my.

Cara Mohon Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang Secara Online (BKSS)

Menurut daripada Kerajaan Sarawak akan menyalurkan bantuan pembayaran secara tunai sebanyak RM1,500 kepada anggaran 30,000 Ketua Isi Rumah yang sebelum ini tidak tersenarai di bawah BKSS 1.0. Selain itu, turut mengumumkan akan memberi bayaran tunai secara one-off sebanyak RM500 kepada 377,806 individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2,000 sebulan dan ke bawah. Dijangka bantuan tersebut akan menelan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM234.0 juta.

Cara Mohon Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang Secara Online (BKSS)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Khas Sarawakku Sayang termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh bayaran dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Bantuan Khas Sarawakku Sayang

Antara syarat-syarat kelayakan Bantuan Khas Sarawakku Sayang adalah seperti berikut :

  1. Penduduk Sarawak yang merupakan ketua isi rumah (suami atau isteri) dari golongan B40 dengan jumlah pendapatan isi rumah adalah kurang RM 4,000 sebulan.
  2. Bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan.

Jumlah Bayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang

  • Keluarga B40 : RM1500
  • Bujang : RM500 secara one-off

Cara Permohonan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang Online

  1. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://www.sarawak.gov.my/.
  2. Semua maklumat perlu diisi dengan lengkap dan tepat.
  3. Anda perlu mengisi maklumat pemohon, butiran akaun bank, butiran pasangan sekiranya telah berkahwin dan maklumat anak/tanggungan.
  4. Kemudian, tick pada ruangan disediakan.
  5. Setelah selesai perakuan pemohon, klik pada butang hantar.

Cara Bayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang

Penerima BKSS yang mempunyai akaun simpanan bank akan menerima bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam akaun simpanan secara bulanan sebanyak RM250 untuk enam (6) bulan bermula dari 15 April 2020 sehingga 15 September 2020.

Bagi yang tidak mempunyai akaun bank berdaftar dengan LHDN, penunaian boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa kad pengenalan.

Semakan Status Rayuan BKSS 2020 Online

Keputusan rayuan permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang boleh dibuat secara online selepas 15 Jun 2020 menerusi pautan https://www.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian 1300-88-7722 atau emel di customerservice@sarawakpay.gov.my

6 Comments

  1. YOHANES JEB June 14, 2020
    • Yohanes jeb June 14, 2020
  2. R.zulkernain June 17, 2020
  3. mohdhasrulnizam August 9, 2020
  4. Fatimah Binti Abdullah @ Bidi Ugin May 22, 2021
  5. Kamalhassan September 20, 2021

Leave a Reply