Cara Semak Status Permohonan Telefon Pintar Percuma Bagi Pelajar Sekolah B40

Cara Semak Status Permohonan Telefon Pintar Percuma Bagi Pelajar Sekolah B40. Panduan buat ibu bapa atau penjaga daripada pelajar sekolah keluarga B40 yang membuat permohonan telefon pintar percuma. Untuk makluman, kini ibu bapa atau penjaga boleh menyemak status permohonan telefon pintar percuma secara atas talian (online) menerusi laman web YTL. Bagi anda yang status pencalonan lulus akan disenarai pendek dan dimaklumkan di emel. Pendaftaran telefon pintar percuma ini masih dibuka lagi sehingga tarikh rasmi tamat akan diberitahu kelak.

Semakan Status Permohonan Telefon Pintar Percuma Bagi Pelajar Sekolah B40

YTL Foundation kerjasama dengan YES dan FrogAsia, menyediakan data mudah alih dan bahan pembelajaran atas talian secara percuma kepada semua pelajar yang berdaftar di sekolah kerajaan. Setiap telefon pintar percuma ini akan dilengkapi dengan data 120GB (10GB/sebulan selama 12 bulan).

Cara Semak Status Permohonan Telefon Pintar Percuma Bagi Pelajar Sekolah B40

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Telefon Pintar Percuma YTL termasuk memaparkan cara pendaftaran, aplikasi semakan dan soalan lazim :

Cara Semakan Status Telefon Pintar Percuma YTL

A. Semakan Secara Online

1. Semakan boleh dibuat secara online menerusi laman sesawang https://lcs.yes.my.

2. Di bahagian pilih inisiatif, anda boleh buat pilihan sama ada ‘SIM Percuma Dengan Data’, ‘Telefon Percuma Dengan SIM’, ‘SIM Percuma ICSS’ dan ‘SIM Percuma Universiti’.

3. Anda boleh pilih ‘Telefon Percuma dengan SIM’ dan masukkan Nombor MyKad Ibu Bapa yang didaftarkan.

4. Masukkan, Nombor MyKid/ MyKad murid yang dicalonkan.

5. Kemudian, klik pada butang ‘Hantar’ untuk semakan status permohonan sama ada LULUS atau GAGAL.

B. Semakan Menerusi Emel

Anda akan dimaklumkan status permohonan menerusi emel. Ibu bapa akan turut menerima emel berkaitan proses pendaftaran.

Artikel Berkaitan : Cara Semak Kelayakan Skim Kesihatan PEKA B40 Untuk Penerima BSH (PENJANA)

Pendaftaran Telefon Pintar Percuma Pelajar B40 Online

Bagi anda yang nak buat permohonan telefon pintar percuma masih dibuka pendaftaran secara online seperti berikut :

1. Anda perlu mendapatkan kebenaran daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat berikut:
i. Nombor MyKid/MyKad murid
ii. Nombor MyKad Ibubapa
iii. Status B40 ibubapa daripada Portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

2. Anda perlu layari laman web BPN Hasil menerusi https://bpn.hasil.gov.my/. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Ibubapa

3. Kemudian, klik pada butang ‘Semak’.

4. Anda hendaklah mendaftarkan nama dengan mengisi borang permohonan secara online menerusi pautan https://appform.prod.frogdev.asia/ atau https://ytlfoundation.org/learn.

5. Lengkapkan maklumat pelajar dan ibu bapa yang diperlukan.

Soalan Lazim Telefon Percuma Dengan Data

1. Berapa ramai pelajar yang boleh saya calonkan?

Anda boleh mencalonkan seorang murid bagi satu keluarga.

2. Apakah yang akan berlaku sekiranya ibubapa tidak mengemukakan pendaftaran dalam tempoh 7 hari? Bolehkah saya membuat pencalonan sekali lagi?

Pendaftaran akan terbatal dan dianggap tidak berjaya. Anda masih boleh membuat pencalonan baru tetapi tiada jaminan yang pencalonan tersebut akan berjaya untuk kali kedua.

Nota : Untuk makluman lanjut tentang soalan lazim telefon pintar percuma bersama data boleh dirujuk disini.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian :

YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Emel: ytlfoundation@ytl.com.my

No. Tel: +603 2038 0888
No. Fax: +603 2038 0388

BACA JUGA : Cara Daftar MyFutureJobs PERKESO Bagi Penganggur & Graduan (PenjanaKerjaya)

Penafian : Laman web myinformasi.net tiada sebarang kaitan dengan Yayasan YTL. Portal web ini hanya kongsikan informasi ini kepada orang ramai sebagai pengetahuan umum sahaja.

3 Comments

  1. ISYAMUDDIN CHE HUSSIN June 17, 2020
  2. Nharmatha Devi June 17, 2020
  3. THANASRI A/P ANATHARAJ June 18, 2020

Leave a Reply