Semakan Status BPN 2.0 Fasa 2 Bagi Permohonan Baru/ Rayuan Online (Tarikh Bayaran). Bilakah tarikh semakan status permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Fasa 2? Perhatian buat pemohon yang ingin mengetahui tarikh semakan kelulusan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Fasa 2. Untuk makluman, bagi permohonan baru dan rayuan boleh semak status kelulusan BPN 2.0 Fasa 2 secara atas talian (online) bermula pada 15 Januari 2021 menerusi portal rasmi BPN.
Bagi golongan B40 yang lulus dan penerima fasa pertama akan menerima bayaran bermula pada 21 Januari 2021, diikuti golongan M40 pada 25 Januari. Bagi penerima tanpa akaun, bayaran akan disalurkan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 25 Januari 2021. Menerusi kenyataan daripada Kementerian Kewangan Malaysia, bayaran Fasa 2 Bantuan Prihatin Nasional 2.0 kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima sedia ada.
Semakan Status BPN 2.0 Fasa 2 Bagi Permohonan Baru/ Rayuan Online (Tarikh Bayaran)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Fasa 2 termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan cara semakan :
Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0
Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan dikreditkan dua kali iaitu Fasa Pertama pada 26 Oktober 2020 manakala Fasa Kedua pada 21 Januari 2021. Bagi penerima tanpa akaun, bayaran akan disalurkan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula pada 25 Januari 2021.
Cara Semak Status BPN 2.0 Fasa 2
Semakan status Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Fasa 2 boleh dibuat secara online mulai 15 Januari 2021 menerusi laman web https://bpn.hasil.gov.my.
Kaedah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0
Pembayaran BPN 2.0 adalah seperti kaedah pembayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini:
1. Ada akaun bank :
- Berjaya kredit – Kredit ke akaun bank yang didaftarkan dalam pangkalan data BPN
- Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup) – Tuntutan Tunai di Cawangan BSN
2. Tiada akaun bank: Tuntutan Tunai di Cawangan BSN
Sebarang pertanyaan lanjut tentang BPN 2.0, sila hubungi di talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) 03- 89111000 atau Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.
BACA JUGA : Semakan Nombor Siri BPN 2.0 Dan Tarikh Penunaian Baucar Di Kaunter BSN