Semakan Status Permohonan i-Sinar KWSP Online Lulus Atau Gagal (Tarikh Bayaran)

Semakan Status Permohonan i-Sinar KWSP Online Lulus Atau Gagal (Tarikh Bayaran). Nak semak status permohonan i-sinar KWSP? Panduan buat pencarum KWSP yang membuat permohonan i-sinar KWSP bagi kategori pertama. Untuk makluman, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan Ahli membuat pengeluaran akaun 1 KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar. Permohonan i-Sinar boleh dibuat secara atas talian (online) bermula pada 21 Disember 2020 bagi kategori 1 menerusi laman web i-Sinar. Semakan status i-Sinar bagi kategori 1 boleh dibuat secara online bermula pada 4 Januari 2021 manakala kategori 2 pula mulai 8 Februari 2021.

Semakan Status Permohonan i-Sinar KWSP Online Lulus Atau Gagal (Tarikh Bayaran)

Bagi ahli KWSP yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020 mengikut kategori masing-masing. Pengkreditan pertama i-Sinar akan dibuat bermula pada 11 Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.

Semakan Status Permohonan i-Sinar KWSP Online Lulus Atau Gagal (Tarikh Bayaran)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang i-Sinar Pengeluaran Akaun 1 KWSP termasuk memaparkan tarikh, cara permohonan dan semakan status:

Tarikh Semakan Status i-Sinar KWSP

Ahli boleh semak status permohonan i-sinar pada 4 Januari 2021. Menurut info, bagi yang ada i-Akaun boleh semak status i-Sinar mulai 1 Januari 2021 menerusi laman web i-Akaun KWSP.

Bagi kategori 2 semakan status i-sinar boleh dibuat pada 8 Februari 2021.

Cara Permohonan i-Sinar KWSP

Permohonan i-sinar boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi https://isinar.kwsp.gov.my/. Permohonan dibuka selama 6 bulan.

ARTIKEL BERKAITAN : Jadual Bayaran i-Lestari KWSP 2021

Cara Semak Status Permohonan i-Sinar KWSP

A. Melalui Portal i-Sinar

1. Semakan status boleh dibuat menerusi laman web https://isinar.kwsp.gov.my/.

2. Klik pada butang ‘Semak Status’.

B. Melalui Portal i-Akaun

1. Bagi yang ada i-Akaun boleh semak status permohonan i-sinar KWSP secara online menerusi laman web https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

2. Klik pada withdrawal dan kemudian ke ‘Withdrawal History’.

Nota : Bagi yang status ‘LULUS’ bermaksud permohonan pengeluaran i-Sinar anda diluluskan dan anda akan menerima bayaran pada tarikh yang dimaklumkan melalui nombor akaun yang diisikan semasa permohonan.

Kaedah Bayaran Pengeluaran i-Sinar

1. Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pada 11 Januari 2021.

2. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Sebarang keterangan lanjut, sila layari ke laman web rasmi KWSP atau hubungi di talian 03-8922 4848.

BACA JUGA :

4 Comments

  1. Aca Karim January 2, 2021
    • MyInformasi January 3, 2021
      • =( January 4, 2021
      • Afiqi January 20, 2021

Leave a Reply