Cara Kemaskini Dan Semak Baki Akaun Kedua Untuk i-Lestari KWSP Bulan Oktober

Cara Kemaskini Dan Semak Baki Akaun Kedua Untuk i-Lestari KWSP Bulan Oktober. Nak kemaskini dan batal i-Lestari KWSP? Panduan buat pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah membuat pengeluaran i-Lestari KWSP tahun 2020. Untuk makluman, kini ahli KWSP boleh membuat pembatalan dan kemaskini pengeluaran i-Lestari KWSP secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi ilestari.kwsp.gov.my. Ahli yang mendaftar i-Akaun juga boleh semak baki bayaran dan pembatalan i-Lestari KWSP secara online di portal i-Akaun.

Cara Kemaskini Dan Semak Baki Akaun Kedua Untuk i-Lestari KWSP Bulan Oktober

Pengeluaran i-Lestari KWSP adalah satu inisiatif daripada kerajaan untuk mengurangkan beban perbelanjaan harian rakyat yang terkesan wabak Covid-19. Pencarum boleh membuat pengeluaran wang KWSP akaun kedua dengan minimum RM50 sehingga RM500 selama 12 bulan.

Cara Kemaskini Dan Semak Baki Akaun Kedua Untuk i-Lestari KWSP Bulan Oktober

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang i-Lestari KWSP termasuk memaparkan cara semakan, pembatalan dan kemaskini :

Cara Semak Baki Akaun 2 KWSP

  1. Log in i-Akaun.
  2. Klik pada butang ‘Withrawal’.
  3. Kemudian, klik pada ‘Withrawal History’.
  4. Akan dipaparkan sama ada transaksi pengeluaran dibuat atau tidak.

Cara Kemaskini i-Lestari KWSP Online

1. Pemohon boleh buat kemaskini i-Lestari KWSP menerusi laman web https://secure.kwsp.gov.my/member/ilestari/amendment

2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan. Ahli boleh kemas kini maklumat Pengeluaran i-Lestari seperti berikut:

  • Maklumat akaun bank
  • Amaun pengeluaran
  • Nombor telefon bimbit
  • Pilihan Arahan Bayaran (bagi yang tidak memiliki akaun bank)

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Mohon i-Akaun KWSP di Kiosk

Cara Batal Pengeluaran i-Lestari

  1. Pembatalan pengeluaran i-Lestari boleh dibuat menerusi laman sesawang https://secure.kwsp.gov.my/member/ilestari/cancellationOnline?0
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit anda.
  3. Pilih bank dikehendaki dan masukkan nombor akaun bank.
  4. Seterusnya, masukkan amaun dimohon.
  5. Klik ‘saya bukan robot’.
  6. Setelah itu, klik pada butang ‘Hantar’.

Nota : Untuk dapatkan soalan lazim Pengeluaran i-Lestari KWSP boleh rujuk https://www.kwsp.gov.my/faq-i-lestari

Untuk makluman lanjut, sila layari ke laman web www.epf.gov.my atau emel ke ilestari@epf.gov.my.

Leave a Reply