Najib Cadangkan Kerajaan Keluarkan RM10000 Simpanan Akaun 1 KWSP, Jom Vote Petisyen!. Perhatian buat Ahli KWSP yang membuat caruman KWSP. Menerusi laman Facebook Datuk Seri Najib Razak menyatakan pandangannya kepada kerajaan supaya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan para pencarum membuat pengeluaran sehingga RM10,000 menerusi simpanan akaun pertama. Pengeluaran wang berkenaan bertujuan bagi menampung perbelanjaan individu yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.
DS Najib menyatakan, “Kini ada banyak permintaan untuk kerajaan membenarkan pengeluaran ‘one-off’ sehingga RM10,000 dari akaun pertama KWSP bagi kegunaan mendesak. “Saya rasa permohonan ini boleh dipertimbangkan dengan syarat pemohon juga tandatangan surat aku janji untuk berjanji mencarum semula pengeluaran ‘one-off’ ini dalam tempoh dua (2) tahun akan datang selepas ekonomi pulih tidak termasuk caruman bulanan biasa”.
Najib Cadangkan Kerajaan Keluarkan RM10000 Simpanan Akaun 1 KWSP, Jom Vote Petisyen!
Sebelum ini, DS Najib pernah mencadangkan KWSP membenarkan pencarum mengeluarkan wang simpanan KWSP dari akaun kedua bagi mengurangkan beban ekonomi susulan penularan Covid-19. Saranan itu disahut baik oleh kerajaan Perikatan Nasional yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dimana memperkenalkan skim pengeluaran i-Lestari yang membenar pencarum membuat pengeluaran maksimum RM500 sebulan sehingga bulan April 2021.
Terdahulu, Najib berkata surat aku janji yang dicadang bukanlah jaminan pencarum KWSP diminta membayar semula seperti pinjaman. Ianya lebih bersifat peringatan bahawa caruman KWSP penting untuk simpanan hari tua.
DS Najib juga berkata “Saya hendak nasihatkan bahawa dividen KWSP biasanya lebih tinggi berbanding kadar faedah simpanan bank dan simpanan KWSP adalah amat penting untuk usia tua kita selepas bersama. “Sebab itu, jangan membuat pengeluaran KWSP jika tiada kegunaan mendesak”.
Cara Vote Petisyen Pengeluaran Akaun 1 KWSP
Bagi Ahli yang ingin vote petisyen pengeluaran akaun 1 KWSP boleh ke laman ini https://www.change.org/p/perdana-menteri-muhyidin-yassin-allow-epf-withdrawal-from-account-1-to-sustain-during-crisis-covid-19
BACA JUGA : Jadual Bayaran i-lestari KWSP Bulan November 2020
Sumber : FB DS Najib
Saya memang setuju… Boleh la settle kan hutang semua
Setuju tu.. Terbaik..