Permohonan Tabung Bantuan COVID-19 NADMA JKM (Bekalan Makanan Asas)

Permohonan Tabung Bantuan COVID-19 NADMA JKM (Bekalan Makanan Asas). Berita baik buat rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan kewangan khususnya makanan asas. Untuk makluman, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat mengumumkan bantuan khas menerusi Tabung Bantuan COVID-19 NADMA. Bantuan bekalan makanan ini khas kepada rakyat Malaysia yang hilang pendapatan dan memerlukan bantuan bekalan makanan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagi anda yang memenuhi kelayakan boleh membuat permohonan dengan menghubungi Talian Kasih atau Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau Daerah masing-masing.

Permohonan Tabung Bantuan COVID-19 NADMA JKM (Bekalan Makanan Asas)

Selain bantuan ini, NADMA turut menawarkan bantuan RM100 sehari bagi pekerja yang terjejas akibat pelaksanaan PKP. Bantuan RM100 itu diberikan kepada pekerja yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.

Permohonan Tabung Bantuan COVID-19 NADMA JKM (Bekalan Makanan Asas)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Tabung Bantuan COVID-19 NADMA termasuk memaparkan syarat kelayakan dan cara permohonan :

Kriteria Kelayakan Tabung Bantuan COVID-19 NADMA

Bantuan bekalan makanan yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang hilang pendapatan dan memerlukan bantuan bekalan makanan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Cara Mohon Tabung Bantuan COVID-19 NADMA

a. Menghubungi Talian Kasih di 15999 atau anda boleh WhatsApp di 019- 261 5999.

b. Menghubungi Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau Daerah masing-masing. Waktu operasi mulai jam 8.30 malam hingga 5.30 petang.

c. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut :

  • Nama penuh pemohon
  • Nombor kad pengenalan pemohon
  • Alamat rumah pemohon
  • Bilangan ahli keluarga yang berada di alamat tersebut
  • Nombor telefon yang boleh dihubungi (pengesahan maklumat akan dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum penghantaran)

Artikel Berkaitan : Permohonan Bantuan Khas RM100 COVID-19

Serahan Bantuan

Penghantaran adalah ke rumah pemohon oleh Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan RELA

Sekiranya ada pertanyaan lanjut sila hubungi :

AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Portal Rasmi NADMA : http://www.nadma.gov.my/
No. Tel :
Facebook JKM : 03- 8870 4800
Emel : admin@nadma.gov.my

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Portal Rasmi JKM : www.jkm.gov.my
Facebook : https://m.facebook.com/myJKMHQ
No. Tel : 03- 8323 1656

BACA JUGA :

Leave a Reply