Cara Permohonan & Semakan Bantuan Prihatin Nasional Online BPN (Tutorial)

Cara Permohonan & Semakan Bantuan Prihatin Nasional Online BPN (Tutorial). Nak mohon Bantuan Prihatin Nasional? Pada 27 Mac 2020 lalu, kerajaan telah mengumumkan satu inisiatif baharu Bantuan Prihatin Basional (BPN) 2020 bagi golongan B40 dan M40. Bantuan ini diberikan kepada golongan berpendapatan rendah B40 termasuk M40 yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagi anda yang nak semak dan permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDN. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2020.

Cara Permohonan & Semakan Bantuan Prihatin Nasional Online BPN (Tutorial)

Cara Permohonan & Semakan Bantuan Prihatin Nasional Online BPN (Tutorial)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, bayaran dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Bantuan Prihatin Nasional

Antara syarat-syarat kelayakan permohonan Bantuan Prihatin Nasional adalah seperti :

• Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40)
• Isi rumah berpendatapan RM8,000 ke bawah (M40)
• Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah
• Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas

Kaedah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional

Kaedah pembayaran bagi B40 adalah seperti berikut:

  1. Ada maklumat akaun — bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
  2. Jika status gagal kredit — bayaran adalah secara tunai di BSN.
  3. Tiada akaun — bayaran adalah secara tunai di BSN.

Kaedah pembayaran bagi kategori M40 pula seperti berikut:

  1. Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam Borang Nyata Cukai
    Pendapatan (BNCP) terkini.
  2. Bayaran akan dikreditkan ke akaun ketua isi rumah.
  3. Jika taksiran bersama telah dipilih, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional Online

Semakan status boleh dibuat di beberapa laman web seperti berikut:

1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia: http://www.hasil.gov.my

2) Bantuan Sara Hidup (BSH): https://bsh.hasil.gov.my

3) Kementerian Kewangan Malaysia: https://www.treasury.gov.my

Cara Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional Online

Cara-cara untuk membuat permohonan baru ialah:

a. Semakan dan permohonan baharu perlu dibuat secara online di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri seperti berikut :

Cara Permohonan & Semakan Bantuan Prihatin Nasional Online BPN (Tutorial)

b. Masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan status sama ada anda layak, rayuan atau permohonan baharu.

Cara Permohonan & Semakan Bantuan Prihatin Nasional Online BPN (Tutorial)

Nota:

  • Sekiranya anda adalah Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau telah berdaftar dengan LHDNM, semakan menggunakan kad pengenalan ini akan memaparkan status permohonan anda. Contohnya, LULUS. Maka, anda tidak perlu lagi membuat permohonan.
  • Jika tidak pernah memohon BSH dan tidak berdaftar dengan LHDNM, semakan ini akan menunjukkan “Tiada Rekod” dan anda boleh membuat Permohonan Baru.

c. Sekiranya dipaparkan status ‘Tiada Rekod’. Sila buat ‘Permohonan Baru’ dan isi maklumat yang diminta. Antara maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Alamat tempat tinggal
  • Alamat email
  • Nombor telefon bimbit
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah (pemohon & pasangan)
  • Maklumat Waris
  • Nama dan nombor akaun bank
Cara Permohonan & Semakan Bantuan Prihatin Nasional Online BPN (Tutorial)

d. Bagi permohonan isi rumah, anda akan turut diminta untuk memberikan maklumat berkenaan anak-anak.

Cara Permohonan & Semakan Bantuan Prihatin Nasional Online BPN (Tutorial)

e. Setelah, maklumat diisi dengan lengkap dan anda diminta untuk membuat Pengesahan Maklumat dan tekan butang ‘Hantar’.

Cara Permohonan & Semakan Bantuan Prihatin Nasional Online BPN (Tutorial)

f. Bagi melihat status permohonan, anda boleh membuat pendaftaran akaun di pautan https://bpn.hasil.gov.my/Account/Login. Anda akan diminta untuk memasukkan ‘kata kunci keselamatan’ pilihan anda dan lima soalan bagi tujuan keselamatan akaun.

g. Anda juga akan diminta memasukkan ‘kata laluan’. Sila pastikan kata laluan ini mempunyai sekurang-kurangnya 8 aksara dan mempunyai huruf besar, nombor dan simbol. Contohnya: Qwertya10@

h. Semakan status akan memaparkan ‘Pemohonan Diterima’. Pendaftaran anda selesai.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:

  • Kementerian Kewangan : No. telefon : 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : bsh@treasury.gov.my atau pre2020@treasury.gov.my
  • Telegram : PRE PRIHATIN (https://t.me/mofpre2020)
  • Facebook : Kementerian Kewangan Malaysia
  • LHDNM : No. telefon : 1-800 882 747 / 03-8911 1000

BACA JUGA : Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun 2

One Response

  1. Muhamad Hanis April 3, 2020

Leave a Reply