Permohonan Bantuan Zakat Selangor Online (Agihan Khas COVID-19)

Permohonan Bantuan Zakat Selangor Online (Agihan Khas COVID-19). Berita baik buat rakyat negeri Selangor yang terkesan dengan wabak COVID-19. Untuk makluman, Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan bantuan sebanyak RM15 juta bagi meringankan dan memenuhi keperluan kebajikan dan perubatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan. Peruntukan bantuan khas ini untuk khususnya kepada golongan berpendapatan rendah B40 termasuk peniaga kecil dan penjaja. Peruntukan ini juga disalurkan untuk keperluan perubatan di hospital yang memerlukan untuk menangani wabak pandemik ini. Permohonan boleh dibuat secara online bermula daripada 25 Mac 2020 di laman web rasmi LZS.

Permohonan Bantuan Zakat Selangor Online (Agihan Khas COVID-19)

Permohonan Bantuan Zakat Selangor Online (Agihan Khas COVID-19)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Zakat Selangor termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 25 Mac – 6 April 2020

Syarat Kelayakan Bantuan Zakat Selangor (Agihan Khas COVID-19)

Antara syarat-syarat kelayakan Bantuan Zakat Selangor bagi agihan khas COVID-19 adalah seperti berikut :

  • Beragama Islam
  • Warganegara atau pemastautin tetap (PR) dan bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.
  • Pemohon adalah dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM 4,360 sebulan.
  • Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak Covid-19 ini.

KADAR BANTUAN

a. Bantuan ini adalah berbentuk sumbangan one-off sahaja.

b. Menerima RM200 hingga RM500 sahaja bagi setiap keluarga.

Artikel Berkaitan : Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Bank Automatik 6 Bulan – BNM

Permohonan Bantuan Zakat Selangor Online (Agihan Khas COVID-19)
Permohonan Bantuan Zakat Selangor Online (Agihan Khas COVID-19)

Cara Permohonan Bantuan Zakat Selangor Online

Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf Yang Berdaftar dengan LZS : Sila hubungi Talian Zakat Selangor di 1-300-88-4343 (Isnin-Jumaat. 10.00 pagi hingga 3:00 petang)

Selain Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf Yang Berdaftar dengan LZS : Melalui Portal Bantuan Khas Covid-19.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Tanggungan.
  • Bagi yang bekerja – Slip Pendapatan / Pengesahan Pendapatan / pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.
  • Bagi Peniaga/Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan/Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen yang boleh membuktikan pendapatan.
  • Pengesahan Tempat Tinggal (Mastautin) di Negeri Selangor. Contohnya Bil Air / Bil Elektrik / Bil Internet / Cukai Pintu atas nama atau alamat Pemohon

Nota :

i. Dokumen sokongan boleh diserahkan dengan mengambil gambar atau scan dokumen dan upload ke dalam Portal BKC19.

ii. Pemohonan ini dibuka bermula 25 Mac sehingga 6 April 2020. Sebarang perubahan tarikh akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian Zakat Selangor 1 300 88 4343 (Isnin-Jumaat 10.00 pagi hingga 3.00 petang).

BACA JUGA : Senarai Bantuan Kerajaan Persekutuan & Negeri 2020

Leave a Reply