Permohonan Bantuan Khas Musaadah Khaira PPZ Online Untuk Semua Warganegara (One-Off)

Permohonan Bantuan Khas Musaadah Khaira PPZ Online Untuk Semua Warganegara (One-Off). Berita baik buat anda yang memerlukan bantuan kewangan yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Untuk makluman, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyediakan satu bantuan khas khususnya kepada golongan berpendapatan rendah B40 yang terjejas akibat pelaksanaan PKP. Melalui insentif ini, penerima yang layak akan diberi bantuan secara one-off sebanyak RM300. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://musaadahkhaira.zakat.com.my/ mulai 1 April 2020.

Permohonan Bantuan Khas Musaadah Khaira PPZ Online Untuk Semua Warganegara (One-Off)

Bantuan Musaadah Khaira adalah merupakan satu inisiatif PPZ-MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19. Selain itu, membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan.

Permohonan Bantuan Khas Musaadah Khaira PPZ Online Untuk Semua Warganegara (One-Off)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang bantuan khas Musaadah Khaira PPZ termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Bantuan Khas Musaadah Khaira

a. Warganegara Malaysia berbilang bangsa dan agama.

b. Pemohon mestilah berumur 20 tahun dan ke atas.

c. Golongan B40 (Individu atau keluarga) yang terjejas pendapatan seperti diberhentikan kerja, separuh gaji, dan cuti tanpa gaji.

d. Peniaga Kecil / Penjaja yang terjejas perniagaannya.

Jumlah Kadar Bantuan

One-off – RM300 sahaja bagi setiap keluarga

Cara Permohonan Bantuan Khas Musaadah Khaira PPZ Online

a. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi https://musaadahkhaira.zakat.com.my/.

b. Isi maklumat peribadi dan tanggungan anda dengan lengkap.

c. Muat naik dokumen bukti yang berkaitan. Antara dokumen sokongan yang perlu dimuat naik dalam borang permohonan :

i. Salinan Kad Pengenalan atau Polis/Tentera Pemohon. Bagi mereka yang mempunyai tanggungan, mohon lengkapkan butiran tanggungan.
ii. Bagi yang bekerja – slip pendapatan / pengesahan pendapatan / pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.
iii. Bagi Peniaga/Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan/Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen yang boleh membuktikan pendapatan.
iv. Jika pemohon tidak mempunyai akaun bank, sila lampirkan SURAT KUASA yang ditandatangani oleh pemohon. Sila nyatakan nama pasangan atau waris terdekat beserta maklumat akaun di surat kuasa tersebut.

Permohonan Bantuan Khas Musaadah Khaira PPZ Online Untuk Semua Warganegara (One-Off)

d. Maklumat yang telah diisi akan terpapar untuk semakan dan hantar.

Nota : Bayaran bantuan akan disalurkan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap secara Electronic Fund Transfer kepada pemohon yang layak.

Semakan Status Permohonan Bantuan Khas Musaadah Khaira

Untuk semakan status, anda boleh layari ke laman web https://musaadahkhaira.zakat.com.my/. Masukkan nombor kad pengenalan anda.

Maklumat lanjut tentang bantuan

Leave a Reply