Permohonan Baharu Bantuan Prihatin Nasional 2020 (BPN) Online (Dibuka 1 April)

Permohonan Baharu Bantuan Prihatin Nasional 2020 (BPN) Online. Nak tahu cara mohon Bantuan Prihatin Nasional? Perhatian buat rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah B40 dan M40 yang ingin mengetahui cara memohon, tarikh bayaran dan semakan status Bantuan Prihatin Nasional. Untuk makluman, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan satu inisiatif baharu iaitu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dalam perutusan khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). Pemberian ini akan diberikan secara one-off melibatkan golongan B40, M40 termasuk bujang. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi LHDNM bermula daripada 1 April 2020.

Permohonan Baharu Bantuan Prihatin Nasional 2020 (BPN) Online

Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM250 billion melibatkan bantuan kepada rakyat termasuk perniagaan yang terjejas akibat wabak COVID-19. Daripada jumlah itu, hampir RM128 billion disalurkan kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan M40 termasuk RM100 billion bagi menyokong perniagaan khasnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PRS).

Permohonan Baharu Bantuan Prihatin Nasional 2020 (BPN) Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : Mulai 1 April 2020

Tarikh & Jumlah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020

  1. RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
  2. RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
  3. RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
  4. RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan lebih RM2,000 dan hingga RM4,000.

Nota : Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 akan dibuat pada akhir bulan April dan Mei 2020.

Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional

Bagi mereka yang tak pernah mendaftar BSH dan LHDNM, permohonan baharu dibuka pada 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM www.hasil.gov.my

Artikel Berkaitan : Soalan Lazim Bantuan Prihatin Nasional 2020 (FAQ)

Kaedah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020

Pembayaran akan diberikan sekiranya :

A. Ada Maklumat Akaun : Bayaran adalah secara kredit ke akaun

B. Jika Status Bayaran Adalah Gagal Kredit : Bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional

C. Tiada Akaun : Bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:

1) Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan.
2) Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
3) Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Semakan Status Permohonan Bantuan Prihatin Nasional Online

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:

1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
2) Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

Nota : Sekiranya anda gagal permohonan, sila buat permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional dengan mengisi borang atas talian, pemohon boleh mengemukakan bukti pendapatan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:

Kementerian Kewangan

No. Tel : 03-8882 9089, 03-8882 9087, 03-8882 9191, 03-8882 4565, 03-8882 4566
Emel : bsh@treasury.gov.my/ pre2020@treasury.gov.my
Telegram: PRE PRIHATIN
Facebook: Kementerian
Kewangan Malaysia

LHDNM

No. Hotline : 1-800 882 747
No. Tel : 03-8911 1000

Penafian : Laman web ini hanya kongsikan maklumat sahaja untuk pengetahuan anda semua. Tidak terlibat dimana-mana Agensi Badan Kerajaan. Maklumat lanjut sila layari ke laman web rasmi LHDN.

BACA JUGA : Senarai Bantuan Kerajaan Persekutuan & Negeri (COVID-19)

One Response

  1. Looi Eng hock April 5, 2020

Leave a Reply