Semakan Permohonan PPAM 2020 Online (Perumahan Penjawat Awam)

Semakan Permohonan PPAM 2020 Online (Perumahan Penjawat Awam). Bilakah tarikh semakan Perumahan Penjawat Awam Malaysia tahun 2020? Panduan buat anda yang telah membuat permohonan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) tahun 2020. Untuk makluman, anda boleh semak status permohonan PPAM 2020 boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi PPAM. Perumahan Penjawat Awam Malaysia atau ringkasnya PPAM adalah satu skim perumahan mampu milik untuk penjawat awam yang telah dilancarkan pada awal tahun 2013 terutamanya kepada yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Semakan Permohonan PPAM 2020 Online (Perumahan Penjawat Awam)

Semakan Permohonan PPAM 2020 Online (Perumahan Penjawat Awam)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan Perumahan Penjawat Awam Malaysia 2020 termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :

Senarai Projek Perumahan Penjawat Awam 2020

1. PPA1M Mutiara Semantan (Temerloh, Pahang)
2. PPA1M Taman Gantok Setia (Temerloh, Pahang)
3. PPA1M Taman Chenor Indah (Maran, Pahang)
4. PPA1M Kempadang Residensi (Kuantan, Pahang)
5. PPA1M Sofiya Residensi (Kuala Lumpur)
6. PPA1M Taman Puncak Sri Machang (Machang, Kelantan)

Cara Semakan Permohonan Perumahan Penjawat Awam 2020 Online

1. Semakan status permohonan PPAM boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi PPAM https://apps.ppam.gov.my/check-application

2. Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan anda.

3. Klik pada butang ‘SEMAK’ dan dipaparkan status keputusan permohonan anda.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang Perumahan Penjawat Awam Malaysia, sila hubungi di:

Bahagian Perumahan Penjawat Awam Malaysia
Jabatan Perumahan Negara
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Aras 32, No.51 Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya
Malaysia

No. Telefon: +603-80008000
No. Fax: +603-88915588
Emel: bantuan.ppam@kpkt.gov.my

Tahniah kepada anda yang berjaya mendapat tawaran skim Perumahan Penjawat Awam Malaysia.

Leave a Reply