Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Melalui i-Akaun Online

Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Melalui i-Akaun Online. Nak keluarkan wang simpanan KWSP akaun kedua? Berita baik buat pencarum KWSP dimana Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kemudahan pengeluaran KWSP I-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengeluarkan wang simpanan sejumlah RM500 dari akaun kedua selama tempoh 12 bulan sahaja. Untuk makluman, Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran i-Lestari KWSP secara pos dan emel mulai 1 April 2020. Manakala, permohonan online pula boleh dibuat pada Mei nanti. Dijangka ahli KWSP akan menikmati wang simpanan anda sendiri pada bulan Mei 2020 juga.

Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Melalui i-Akaun Online

Menerusi makluman terkini, bagi anda yang mempunyai i-Akaun boleh membuat pendaftaran i-Lestari secara online di laman web rasmi KWSP. Tujuan kerajaan memperkenalkan inisiatif i-Lestari ini untuk mengurangkan beban perbelanjaan harian rakyat yang terkesan dengan penularan Covid-19. Jumlah pengeluaran dianggarkan bernilai RM40 billion yang memberi manfaat kepada 12 juta ahli KWSP.

Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Melalui i-Akaun Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP termasuk memaparkan cara pendaftaran i-Akaun (Ahli) :

Cara Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online Melalui i-Akaun

Permohonan pengeluaran i-Lestari boleh dibuat secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli) sepertimana cara berikut:

a. Ahli perlu log masuk ke i-Akaun (Ahli). Masukkan ID Pengguna yang didaftarkan.

Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Melalui i-Akaun Online

b. Kemudian, pilih ‘Tab Pengeluaran’. Klik pada butang ‘e-Pengeluaran’.

Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Melalui i-Akaun Online

c. Klik ‘Permohonan Baru’ untuk proses seterusnya.

Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Melalui i-Akaun Online

d. Pilih Pengeluaran ‘i-Lestari’ untuk memulakan transaksi.

Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Melalui i-Akaun Online

e. Dah OK masukkan nombor tac (merujuk pada nombor telefon terkini) dan tekan pada butang submit.

f. Selesai pendaftaran dan boleh print untuk rujukan. Akhir sekali akan dipaparkan seperti gambar di bawah.

Untuk makluman lanjut, sila layari ke laman web www.epf.gov.my atau emel ke ilestari@epf.gov.my.

Cara Pendaftaran dan Pengaktifan i-Akaun KWSP Melalui Emel

Bagi anda yang nak daftar dan mengaktifkan i-Akaun (Ahli) melalui emel boleh baca SINI.

BACA JUGA :

Foto Kredit : Telegram Haniff Bahar

Leave a Reply