10 Soalan Lazim Pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun 2. Nak keluarkan wang simpanan KWSP akaun kedua? Kerajaan telah mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman Akaun Dua KWSP bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia ketika menjalani Perintah Kawalan Pergerakan akibat COVID-19. Semua ahli KWSP yang berusia bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran i-Lestari KWSP dalam akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan. Ahli boleh mula membuat pengeluaran i-Lestari KWSP bagi tempoh 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021.
Untuk makluman, pengeluaran wang simpanan KWSP akaun kedua boleh dibuat dengan tiga cara iaitu online, pos dan emel. Bagi permohonan online boleh dibuat bermula daripada 1 Mei 2020 yang mengambil masa hanya tiga hari sahaja untuk proses permohonan. Bagi anda yang nak dapatkan maklumat lanjut tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP sila baca di bawah.
10 Soalan Lazim Pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun 2
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun 2 termasuk memaparkan soalan dan jawapan :
Selain i-Lestari KWSP, kerajaan turut memperkenalkan Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan yang berpendapatan rendah B40 termasuk M40. Bantuan ini boleh mula dibuat pada 1 April 2020.
1) Tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari
Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.
2) Konsep am Pengeluaran i-Lestari.
Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:
- Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.7
- Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
- Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di para.
3) Kelayakan ahli untuk memohon Pengeluaran i-Lestari.
i. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
ii. Berumur di bawah 55 tahun; dan
iii. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2
4) Tempoh ahli membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari
Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.(Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021).
5) Amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari.
Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.
Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.
6) Bilakah bayaran untuk permohonan yang diluluskan akan dibuat kepada ahli?
Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.
Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.
7) Saluran penghantaran borang permohonan Pengeluaran i-Lestari.
Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar kepada KWSP mulai 1 April 2020 melalui kaedah-kaedah berikut:
- Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
- Secara e-mel yang dialamatkan kepada: ilestarimohon@epf.gov.my; atau
- Secara hantaran pos kepada alamat : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya dengan catatan (UP : i-Lestari ) pada bahagian hadapan sampul surat
Ahli disarankan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk mempercepatkan proses kelulusan.
Permohonan secara manual yang dihantar melalui kaedah (b) dan (c) akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.
Permohonan pengeluaran oleh ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui kaedah (b) dan (c) sahaja.
8) Mengapakah amaun Pengeluaran i-Lestari terhad kepada maksimum RM500 dan secara bulanan?
Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini. Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan
9) Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?
Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.
10) Mengapakah kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?
Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.
BACA JUGA : Cara Tebus Data Internet Percuma Maxis, UMobile, Digi, Celcom, Yoodo & Unifi Mobile (PKP)
Sumber : KWSP
Ada ke bantuan untuk saya ayah tungal