Permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA) 2019 Online

Permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA) 2019 Online. Adakah anda majikan yang ingin mengambil pembantu rumah asing baru dengan lebih mudah? Panduan buat anda majikan kini boleh membuat Permohonan Pembantu Rumah Asing secara online melalui Sistem Maid Online (SMO). Selaras dengan pembentangan Bajet 2018 daripada Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan majikan boleh memohon pembantu rumah asing (PRA) secara dalam talian bermula 1 Januari 2018. Dengan adanya sistem online ini majikan tidak perlu menggunakan ejen atau orang tengah yang mengambil masa lebih lama dan kos sangat tinggi.

Permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA) 2018 Online

Permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA) 2019 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara permohonan Pembantu Rumah Asing termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi online dan prosedur pengambilan :

Syarat Kelayakan Permohonan PRA 2019

Permohonan PRA adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

A. Syarat Kelayakan Majikan

1. Majikan mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia sahaja.

2. Majikan mestilah terdiri daripada suami dan isteri yang mempunyai:

● Anak berumur di bawah usia 15 tahun (yang memerlukan jagaan dan perhatian)

● Anak kelainan upaya (tiada had umur)

● Majikan/ isteri majikan yang sakit/ uzur

● Ibu bapa yang uzur/ sakit; atau

● Ahli keluarga terdekat yang uzur/ sakit (adik beradik, datuk atau nenek sahaja)

3. Bagi tujuan menjaga ibu bapa atau ahli keluarga yang uzur/ sakit, surat pengesahan daripada pegawai pakar perubatan adalah diperlukan. Majikan yang mengambil PRA bagi tujuan menjaga ibu/ bapa/ keluarga terdekat hendaklah mengemukakan bukti pertalian secara jelas

4. Permohonan PRA bagi tujuan menjaga ibu/ bapa/ keluarga terdekat adalah terhad kepada ibu/ bapa/ keluarga yang tidak mempunyai pendapatan tetap sahaja

5. Kelayakan pendapatan bulanan majikan adalah berdasarkan kepada jumlah pendapatan suami dan isteri. Kelayakan pendapatan isi rumah majikan adalah antara RM3,000 hingga RM5,000 (mengikut negara sumber)

6. Majikan yang terdiri daripada suami dan isteri hanya boleh menggaji seorang PRA sahaja pada satu-satu masa

7. Bagi permohonan PRA yang dikemukakan oleh pasangan suami/ isteri, keutamaan hendaklah diberi supaya nama suami digunakan sebagai majikan utama.

8. Ibu atau bapa tunggal yang memenuhi syarat dan mempunyai kelayakan pendapatan dibenarkan untuk menggajikan PRA. Bagi majikan yang berstatus bujang dibenarkan untuk menggaji PRA khusus untuk menjaga ibu bapa sakit/ uzur sahaja.

9. Majikan berikut tidak layak dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan PRA:

● Diisytiharkan muflis oleh pihak berkuasa

Disenarai hitam oleh Jabatan Tenaga Kerja atau

● Mempunyai kes-kes yang belum diselesaikan dengan Jabatan Imigresen Malaysia

● Majikan beragama Islam hanya dibenarkan menggaji PRA yang beragama Islam sahaja dan

● Majikan hendaklah melengkapkan kontrak kerja antara majikan kontrak kerja antara majikan dengan PRA. Sekiranya permohonan dikemukakan oleh pasangan suami/ isteri, kontrak kerja hendaklah dilengkapkan oleh majikan utama.

Syarat Kelayakan PRA

1. Bakal PRA mestilah perempuan yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun semasa permohonan.

2. Bakal PRA mesti diambil daripada sembilan negara sumber yang dibenarkan seperti berikut:

1) Indonesia     2) Filipina

3) Sri Lanka     4) Thailand

5) India             6) Laos

7) Nepal            8) Vietnam

9) Kemboja

3. Bakal PRA hendaklah bebas daripada senarai syak dan senarai hitam Jabatan.

4. Bakal PRA tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang aktif dengan majikan lain.

Permohonan Pembantu Rumah Asing Maid 2019 Online

Berikut adalah cara permohonan pembantu rumah asing PRA secara online menerusi pautan di bawah :

○ Aplikasi Online : maid-online.imi.gov.my

Prosedur pengambilan PRA online

1. Pendaftaran dalam talian bagi majikan.

2. Login masuk, daftar majikan dan maklumat PRA.

3. Saringan kesihatan FOMEMA

4. Muat naik dokumen dan hantar permohonan.

5. Semakan dokumen

6. Kelulusan

7. Notifikasi keputusan

8. Bayaran secara online

9. Cetakan PLKS (Langkah 4 hingga 9 oleh Jabatan Imigresen)

Sebarang pertanyaan berkenaan Permohonan Pembantu Rumah Asing Online boleh berhubung terus melalui :-

No Tel : 03-88801468 (call centre Unit Pembantu Rumah Asing) Email : admin_maidonline@imi.gov.my

No Tel : 03-88801555 (Bilik Gerakan JIM) (8.30 Pagi Hingga 11.00 Malam – Setiap Hari)

Alamat :

Unit Pembantu Rumah Asing,

Jabatan Imigresen Malaysia,

No.15, Tingkat 2 (Podium),

Persiaran Perdana, Presint 2,

62550, Putrajaya

Semoga perkongsian ini membantu anda dengan lebih mudah.

Sumber : MAID Online 

Leave a Reply