Saps Ibu Bapa 2022 Online Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah. Anda ingin membuat semakan keputusan peperiksaan dengan mudah? Tahu apakah sistem SAPSibubapa? Untuk pengetahuan, kini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan satu sistem semakan online yang dikenali sebagai Sapsibubapa untuk memudahkan pelajar dan ibubapa membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah secara dalam talian.

Sapsibubapa yang juga dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah merupakan satu sistem semakan online bagi membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan atau ujian anak-anak mereka dengan mudah . Sistem SAPS Ibu Bapa ini akan memaparkan slip keputusan, markah peperiksaan serta kedudukan pelajar dalam kelas. Selain itu, sistem SAPSNKRA Ibu Bapa ini direka bagi membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah secara atas talian untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5.
Saps Ibu Bapa 2022 Online Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah
Berikut dikongsikan adalah maklumat penting tentang semakan SAPSIBUBAPA sebagai panduan kepada pelajar dan ibubapa untuk menyemak keputusan peperiksaan termasuk aplikasi online :
Apa Itu SapsIbuBapa?
Sistem SAPS ini juga turut dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta dan dibangunkan oleh kerajaan bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memudahkan penyimpanan data akademik pelajar dan meningkatkan taraf pendidikan Negara kita.
Keputusan Peperiksaan Disemak
Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak melalui sistem semakan SapsIbuBapa online :
● Ujian 1
● Ujian 2
● Peperiksaan Pertengahan Tahun/ Akhir Tahun
● Peperiksaan Percubaan UPSR/ PT3 dan SPM
Nota : Untuk menyemak keputusan sebenar UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh diakses dalam sistem SapsIbuBapa.
Cara Semak Keputusan Peperiksaan SapsIbuBapa Online
1. Sila layari ke portal rasmi SapsIbuBapa https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
2. Masukkan nombor kad pengenalan pelajar atau sijil lahir tanpa dash ‘-‘.
3. Sila masukkan maklumat sekolah pelajar, sekolah terkini atau sebelum ini. Klik butang ‘SEMAK‘.
4. Pilih tahun untuk disemak.
5. Dipaparkan pilihan jenis peperiksaan sama ada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun dan Peperiksaan Percubaan.

6. Sila klik ‘Papar Slip Keputusan‘ atau ‘Papar Markah Peperiksaan‘.
Semoga adanya sistem ini memudahkan ibubapa untuk membuat semakan keputusan peperiksaan anak mereka tanpa perlu hadiri ke sekolah.



System semakan boleh down ke> sbb laman web tu kadang kala susah nak masuk pd hari sabtu