Semakan Status Bankrap Online (Aplikasi MyDI)

Semakan Status Bankrap Online (Aplikasi MyDI). Anda ingin tahu sama ada diisytiharkan muflis atau bankrap? Seperti anda tahu kebangkrapan di Malaysia dianggap tinggi disebabkan beberapa punca pendorong berlakunya muflis. Menurut statistik Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl), merekodkan sebanyak 80,625 kes kebangkrapan sejak 2015 hingga Ogos 2019. Oleh itu, kerajaan telah merangka beberapa program dan usaha iaitu program outreach dan program MDi Prihatin untuk mengurangkan kes kebangkrapan di Malaysia. Kini pengguna juga boleh semak status bankrap secara dalam talian (online) menerusi aplikasi MyDI.

Semakan Status Bankrap Online (Aplikasi MyDI)

Semakan Status Bankrap Online (Aplikasi MyDI)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan status bankrap termasuk memaparkan apa itu kebankrapan, aplikasi semakan dan kesan :

Apa itu Kebankrapan?

Kebankrapan atau muflis merujuk kepada satu proses di mana seorang penghutang diisytiharkan muflis melalui perintah Mahkamah.

Cara Semak Status Muflis

Semakan status boleh dibuat dengan memuat turun aplikasi MyDI di portal https://e-insolvensi.mdi.gov.my/

Kelayakan Yang Hilang Bagi Seorang Muflis

Apabila penghakiman mengistiharkan bankrap ke atas penghutang, antara hilang kelayakan iaitu :

  • Memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen;
  • Memegang sebarang jawatan dalam mana-mana badan berkanun, koperasi berdaftar/ organisasi;
  • Memegang jawatan sebagai penjawat awam (tertakluk kepada tindakan tatatertib Jabatan/KPI);
  • Mengamalkan profesion tertentu;
  • Meninggalkan Malaysia sebelum/tanpa kebenaran KPI atau Mahkamah;
  • Menjalankan perniagaan secara persendirian atau perkongisan atau menubuhkan syarikat;
  • Menguatkuasakan haknya di bawah undang-undang tertentu.

Kesan Bankrap

1. Individu yang muflis tidak dibenarkan meninggalkan negara kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada KPI ataupun Mahkamah yang membenarkannya.

2. Seorang bankrap hanya boleh menggunakan kad kredit dengan amaun tidak melebihi RM1,000.

3. Selepas diisytiharkan muflis, anda tidak dibenarkan untuk memindahmilik harta kepada pihak ketiga.

4. Individu yang muflis akan berada di bawah pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi.

5. Tidak dibenarkan bekerja dalam profession tertentu seperti peguam, akauntan, doktor, jurutera dan sebagainya.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi di talian :

Aras 2-3, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62692 Putrajaya
Tel : 03- 8885 1288 / 03-8885 1379
Fax : 03-8885 1743
E-mel : informasi.aduan@mdi.gov.my

Sumber : mdi

Leave a Reply