Permohonan Program Matrikulasi 2021/2022 KPM Online (Semakan Tawaran). Berminat melanjutkan pengajian ke Program Matrikulasi? Panduan buat pelajar lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti pengajian kemasukan Program Matrikulasi tahun 2021/2022. Untuk makluman menerusi portal Matrikulasi, permohonan Matrikulasi KPM sesi 2021/2022 telah dibuka untuk calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Permohonan ini boleh dibuat secara online di portal UPUOnline bermula pada 4 Januari hingga 31 Mac 2021.

Permohonan Program Matrikulasi hanya dibuka kepada pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tahun 2020 sahaja. Selain lanjutan pengajian dalam Program Matrikulasi, calon juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke Tingkatan Enam, Asasi atau Diploma. Terdapat dua program yang ditawarkan oleh Kolej Matrikulasi iaitu Program Matrikulasi Dua Semester dan Program Matrikulasi Empat Semester.
Permohonan Program Matrikulasi 2021/2022 KPM Online (Semakan Tawaran)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Program Matrikulasi KPM termasuk memaparkan tarikh penting dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan : 4 Januari – 31 Mac 2021
Syarat Kemasukan Program Matrikulasi
Antara syarat-syarat kemasukan Program Matrikulasi adalah seperti berikut :
A. SYARAT AM
1. Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun.
2. Pelajar perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran seperti berikut dalam peperiksaan SPM tahun 2020.
B. SYARAT AKADEMIK
A. Jurusan Sains
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik atau Biologi.
B. Jurusan Perakaunan
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana-mana dua matapelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
C. Aliran Teknikal
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan.
Cara Permohonan Matrikulasi KPM 2021/2022 Online
1. Pemohon boleh membeli No. Pengenalan Individu (No. Pin) lima digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM15.60 dengan menggunakan No. Kad Pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 dengan Lembaga Peperiksaan.
2. Selepas memiliki nombor pin, permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web http://upu.moe.gov.my/web/.
3. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
4. Selepas lengkapkan maklumat, sila hantar borang permohonan anda.
Keputusan Permohonan Matrikulasi 2021/2022
Pemohon boleh melayari laman sesawang http://upu.moe.gov.my untuk semakan tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi 2021/2022.
Sebarang keterangan lanjut sila hubungi di talian :
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Talian Hotline : 03 8870 8200
No. Faks : 03 8870 6864
Emel : upu@mohe.gov.my
BACA JUGA : Senarai Kolej Matrikulasi KPM Terkini Di Malaysia