Permohonan Kolej Vokasional 2019 KV

Permohonan Kolej Vokasional 2019 KV | Panduan buat pelajar tingkatan 3 yang menduduki Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun 2018. Untuk makluman, pemohon boleh membuat permohonan Kolej Vokasional (KV) 2019 yang akan dibuka sekitar bulan Oktober 2018 menerusi portal KPM di http://sptv.moe.gov.my. Tahun lepas, permohonan KV ini dibuka pada 10 Oktober 2017 sehingga 20 Disember 2017. Selain Kolej Vokasional, pemohon juga boleh membuat permohonan Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang akan dibuka sama tarikh dengan Kolej Vokasional.

Permohonan Kolej Vokasional 2019 KV

Permohonan Kolej Vokasional 2019 KV

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Kolej Vokasional ambilam Januari 2019 termasuk memaparkan syarat kemasukan dan aplikasi permohonan :

● Tarikh permohonan : akan dikemaskini

● Tahun 2017 : 10 Oktober 2017

Syarat Kemasukan Kolej Vokasional 2019

Berikut adalah syarat-syarat kemasukan Kolej Vokasional tahun 2019 :

● Calon adalah warganegara Malaysia.

● Calon mesti yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan, Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM.

● Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 2018 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum, Pentaksiran Psikometrik serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

● Calon sihat tubuh badan.

● Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/ BUTA WARNA.

● Giat aktif dalam kokurikulum di sekolah.

Cara Permohonan Kolej Vokasional 2019 Online

Bagi pemohon yang berkelayakan dan berminat melanjutkan pengajian ke Kolej Vokasional (KV) sesi Januari 2019, anda boleh membuat permohonan secara online menerusi pautan di bawah ;

Aplikasi Permohonan : https://sptv.moe.gov.my

Semakan Keputusan Kolej Vokasional 2019 Online

Bagi pemohon yang telah membuat permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional Januari 2019, anda boleh membuat semakan keputusan tawaran Kolej Vokasional 2019 yang dijangka diumumkan pada bulan Januari 2019. Semakan keputusan boleh dibuat di portal rasmi KPM.

Untuk maklumat berkaitan kemasukan ke Kolej Vokasional boleh buat pertanyaan lanjut :

Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 6, Blok E14, Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian  03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094.

INFO BERKAITAN : Senarai Kolej Vokasional dan Kursus KV 2019

Selamat membuat Permohonan Kolej Vokasional 2019 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Kolej Vokasional ambilan Januari 2019.

Leave a Reply