eGUMIS Semakan Wang Tak Dituntut WTD 2022 Online (JANM). Bagaimana cara untuk membuat semakan Wang Tidak Dituntut dengan mudah? Untuk makluman, menerusi kenyataan daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah melancarkan satu sistem online iaitu Electronic Government Unclaimed Money Information System (eGUMIS) yang memudahkan pengguna menyemak wang tak dituntut dengan cepat hanya secara dalam talian. Semakan WTD boleh dibuat menerusi portal https://egumis.anm.gov.my.
Selain itu, semakan Wang Tidak Dituntut juga boleh dituntut di kaunter Jabatan Akauntan Malaysia seluruh negeri. Selain sistem eGUMIS, Jabatan Akauntan Negara turut menyediakan perkhidmatan online yang lain iaitu e-Penyata Gaji untuk membuat semakan slip gaji.
eGUMIS Semakan Wang Tak Dituntut WTD 2022 Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan Wang Tidak Dituntut secara online melalui sistem eGUMIS:
Apa Itu Definisi Wang Tak Dituntut?
◎ Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.
◎ Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.
◎ Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.
Cara Semak Wang Tidak Dituntut Secara Online
1. Semakan WTD boleh dibuat secara online menerusi laman web eGUMIS https://egumis.anm.gov.my/.
2. Bagi pertama kali sila buat pendaftaran pengguna secara atas talian. Pengguna akan terima emel yang mengandungi kata laluan sementara untuk log masuk ke portal eGumis.
3. Log masuk semula selepas pendaftaran akaun dengan menggunakan kata laluan sementara.
4. Kemudian, kemaskini maklumat pengguna.
5. Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD dengan menggunakan nombor pengenalan diri.
6. Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada).
Cara Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) di Kaunter JANM
Selain online, pemohon juga boleh hadir sendiri ke kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau mana-mana Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri/Cawangan yang berdekatan dengan mengemukakan dokumen asal atau surat pengesahan daripada syarikat yang dapat membuktikan wtd itu milik anda.
Nota : Untuk dapatkan soalan lazim tentang semakan WTD sila ke pautan https://egumis.anm.gov.my/FAQ.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian 03 2056 8052/53/54/55 atau emel ke maklumbalas.tuntutan@anm.gov.my.