Permohonan Rayuan UPU 2021/2022 Ke IPTA/ Politeknik Online. Anda sudah semak keputusan tawaran UPU bagi kemasukan Universiti Awam/ Politeknik Premier sesi 2021/2022? Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya mendapat penempatan ke UA ambilan baharu. Untuk makluman, bagi pemohon lepasan SPM yang gagal menerima sebarang tawaran boleh mengemukakan rayuan UPU menerusi laman web http://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 5 hari bekerja bermula pada bulan Mei 2021.

Permohonan Rayuan UPU 2021/2022 Ke IPTA/ Politeknik Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang panduan atau cara-cara rayuan UPU termasuk tarikh-tarikh penting, aplikasi rayuan dan semakan keputusan rayuan :
○ Semakan Keputusan UPU 2021 Lepasan SPM/ STPM & Setaraf
Tarikh Permohonan Rayuan UPU 2021
- Calon lepasan SPM/ Setaraf : Mei 2021
- Calon lepasan STPM/ Setaraf : Ogos 2021
ARTIKEL BERKAITAN : Tarikh Penting Permohonan UPU 2021/2022 ke UA/IPTA
Cara Rayuan UPU Ke IPTA/ Politeknik 2021 Online & SMS
Bagi pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke UA, Politeknik Premier/ Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan ILKA, anda boleh membuat permohonan rayuan UPU melalui laman web https://upu.mohe.gov.my/
Bagi pemohon yang tidak berjaya ditawarkan ke UA atau Politeknik Premier tetapi ditawarkan ke institusi lain seperti Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Tingkatan Enam adalah dinasihatkan agar mendaftar ke program berkenaan kerana tawaran ke UA atau Politeknik Premier adalah terhad.
Cara Semak Keputusan Rayuan UPU 2021/22
Semakan keputusan rayuan UPU untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) boleh dibuat secara online atau menerusi sistem pesanan ringkas SMS.
○ Bagi calon lepasan SPM/setaraf
Hebahan Keputusan Rayuan (Calon Lepasan SPM/Setaraf) : Minggu ke-2 Jun 2021
○ Bagi calon lepasan STPM/setaraf Hebahan Keputusan Rayuan (Calon Lepasan STPM/Setaraf) : Minggu ke-4 Ogos 2021
A. Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline
Semakan keputusan rayuan UPU boleh dibuat secara online menerusi pautan https://upu.mohe.gov.my/
B. Semakan Keputusan Rayuan UPU Melalui SMS
Taipkan:
UPU<jarak>RESULT<jarak>[No KP]
Contoh: UPU RESULT 990222016789
Hantarkan SMS ke 15888
Nota : Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA/Politeknik Premier dalam tempoh empat (4) minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu, maka rayuan itu dianggap GAGAL.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian :
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Talian Hotline : 03 8870 8200
No. Faks : 03 8870 6864
Emel : upu@mohe.gov.my