Cara Daftar i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah, Terima Insentif RM480 Setahun. Berita baik buat golongan suri rumah yang ingin membuat caruman KWSP. Untuk makluman, kini kerajaan Malaysia menawarkan satu insentif iaitu i-Suri khas kepada golongan suri rumah yang nak carum KWSP. Antara faedah dalam i-Suri KWSP adalah suri rumah akan menerima sumbangan sebanyak RM480 bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun seberikutnya. Bantuan kematian turut disediakan dalam insentif i-Suri sebanyak RM2,500. Bagi anda nak buat pendaftaran i-Suri KWSP boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan menerusi laman web KWSP.

i-Suri KWSP adalah merupakan satu insentif yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia bagi mengiktiraf peranan dan perjuangan golongan suri rumah dalam membantu mereka mempunyai kehidupan yang sejahtera.
Cara Daftar i-Suri KWSP Untuk Suri Rumah, Terima Insentif RM480 Setahun
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang i-Suri KWSP termasuk memaparkan syarat kelayakan, faedah, cara bayaran dan pendaftaran :
Syarat Kelayakan i-Suri KWSP
Antara syarat-syarat kelayakan i-Suri KWSP adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia.
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
- Belum mencapai umur 60 tahun.
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR).
Siapakah Yang Boleh Mencarum
i. Diri sendiri (isteri)
ii. Suami kepada pasangan yang layak
Nota : Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.
Faedah i-Suri KWSP
- Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya.
- Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Menerima dividen tahunan KWSP
- Bantuan Kematian: RM2,500
Nota : Sumbangan kerajaan ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 kepada mereka yang layak bagi caruman untuk tempoh Ogos – Disember 2018. Bagi tahun berikutnya, jumlah sumbangan adalah sehingga RM480 setahun (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).
Had Bayaran
Minimum (RM sahaja): Tiada had
Maksimum (RM sahaja): RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Cara Pendaftaran i-suri KWSP
Pendaftaran boleh dibuat dengan hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa bersama MyKad beserta dua borang permohonan iaitu :
- Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)
Pembayaran Caruman
a. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
b. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB, PBB, RHB dan BSN)
c. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB dan PBB
Nota : KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan) dan Akaun 2.
Untuk maklumat lanjut tentang i-Suri KWSP, sila layari ke laman web https://www.kwsp.gov.my/.
BACA JUGA : Cara Daftar i-Saraan KWSP Bagi Bekerja Sendiri
Sumber : KWSP
Saya memerlukan duit ini