Permohonan eRumah Pulau Pinang Rumah Mampu Milik & PPR Online

Permohonan eRumah Pulau Pinang Rumah Mampu Milik & PPR Online | Adakah anda ingin memiliki rumah idaman sendiri? Berita baik buat warga Pulau Pinang yang berhasrat untuk memiliki rumah mampu milik dimana anda boleh membuat Permohonan eRumah Pulau Pinang 2018 secara online di portal rasmi eRumah Penang. Berikut adalah cara Permohonan eRumah Pulau Pinang 2018 secara online.

Permohonan eRumah Pulau Pinang Rumah Mampu Milik & PPR Online

eRumah Penang adalah satu sistem maklumat tentang skim perumahan kerajaan Negeri Pulau Pinang dan merupakan satu inisiatif untuk membantu orang yang berkelayakan memiliki rumah idaman sendiri dengan harga yang berpatutan. Dengan kos sara hidup dan rumah yang semakin tinggi sudah pastinya rumah mampu milik ini menjadi permintaan oleh warga Pulau Pinang.

Permohonan eRumah Pulau Pinang Rumah Mampu Milik & PPR Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Permohonan eRumah Pulau Pinang meliputi borang permohonan, syarat kelayakan dan cara hubungi :

○ Permohonan Perumahan Transit Belia 2018 Online

○ Permohonan PPA1M 2018 Skim Perumahan Penjawat Awam Online

Syarat Permohonan eRumah Pulau Pinang

Antara syarat-syarat permohonan rumah mampu milik dan PPR Pulau Pinang seperti berikut :

A. Rumah PPR

1. Keterangan mengenai butir-butir diri, pekerjaan, pendapatan dan alamat majikan bagi pemohon, isteri / suami serta tanggungan mestilah disokong dengan salinan dokumen-dokumen berkenaan yang disahkan seperti berikut :

i. Salinan kad pengenalan pemohon dan suami / isteri.

ii. Salinan sijil nikah / Pendaftaran perkahwinan / Akuan sumpah perkahwinan pemohon

iii. Sekiranya duda / janda, sertakan salinan Surat Daftar Cerai (sekiranya bercerai) atau salinan Sijil Kematian (sekiranya isteri / suami telah meninggal).

iv. Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran anak / tanggungan

v. Sekiranya bekerja dengan kerajaan / swasta sertakan dokumen berikut :-

● Surat pengesahan terkini daripada majikan / Salinan penyata gaji terkini pemohon dan suami / isteri

● Salinan penyata KWSP terkini pemohon dan isteri / suami

● Pengesahan dari Pejabat KWSP sekiranya tidak mencarum

vi. Sekiranya berniaga, sertakan dokumen berikut :-

● Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri / suami

● Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat / Lesen Perniagaan

vii. Sekiranya bekerja sendiri, sertakan dokumen berikut :-

● Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri / suami

viii. Sekiranya tidak bekerja, sila sertakan Surat Akuan Sumpah

● Surat Akuan Sumpah “Tidak Berkerja” pemohon dan isteri / suami

ix. 3 keping gambar rumah dari sudut tepi, belakang dan depan

x. 2 keping gambar bersaiz kad pengenalan Salinan laporan CCRIS (Pemohon).

xi. Isteri/Suami) – Sila rujuk Bank Negara Malaysia Cawangan Berhampiran. Pemohon dan isteri / suami hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) borang SAHAJA.

B. Rumah Mampu Milik

1. Hanya pemohon yang layak sahaja akan didaftarkan. Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :-

● Warganegara Malaysia

● Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan

● Anak kelahiran Pulau Pinang ATAU bermastautin di Pulau Pinang

● Pengundi Berdaftar di Pulau Pinang atau Bekerja di Pulau Pinang

● Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 2,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik A harga maksimum RM42,000.00;

● Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 3,500.00 Untuk Rumah Mampu Milik B harga maksimum RM72,500.00;

● Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 6,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C1 harga maksimum RM150,000.00;

● Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 8,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C2 harga maksimum RM200,000.00;

● Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM 10,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik C3 harga maksimum RM300,000.00;

● Bagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis A / Jenis B, pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah di mana-mana negeri di Malaysia; atau

● Bagi permohonan Rumah Mampu Milik Jenis C1, C2 dan C3 pemohon dan pasangan yang memiliki rumah berharga di bawah harga Rumah Mampu Milik yang dipohon (dengan syarat pemilikan rumah sebelumnya adalah selepas tahun 2008) adalah LAYAK memohon.

2. Untuk kategori penjawat awam, pemohon perlu mengemukakan surat sokongan dari Ketua Jabatan masing-masing.

3. Untuk kategori Talent and Skill Group pemohon perlu mengemukakan surat sokongan dari pihak Invest Penang.

Cara Permohonan eRumah Pulau Pinang 2018 Online

Bagi pemohon yang ingin membuat permohonan rumah mampu milik atau PPR dari kerajaan Negeri Pulau Pinang, anda perlu mengisi borang menerusi aplikasi di bawah :

○ Borang Pendaftaran eRumah Pulau Pinang 

Senarai Lokasi Projek Perumahan Pulau Pinang Terkini

Berikut adalah senarai lokasi projek perumahan yang masih aktif untuk eRumah Pulau Pinang :

○ Projek Aktif 

○ Pelepasan Bumiputra 

Untuk keterangan lanjut tentang eRumah Pulau Pinang, anda boleh hubungi di ;

BAHAGIAN PERUMAHAN

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

TINGKAT 20, KOMTAR

10503 PULAU PINANG

Telefon: 04-2621957

Faks: 04-2622904

Selamat membuat Permohonan eRumah Pulau Pinang secara online. Semoga anda berjaya dengan tawaran skim perumahan ini.

Leave a Reply