Permohonan Perumahan Transit Belia 2020 Online

Permohonan Perumahan Transit Belia 2020 Online. Adakah anda sudah memiliki rumah idaman sendiri? Panduan buat anda khususnya golongan muda M40 yang berpendapatan sederhana antara RM3,860 hingga RM8,319 untuk miliki rumah sendiri, dimana kerajaan telah memperkenalkan satu skim perumahan iaitu Perumahan Transit Belia. Untuk makluman, sebanyak 2,010 unit Perumahan Transit Belia yang akan dibina di sekitar Kuala Lumpur yang dijangka siap sepenuhnya pada 2020.

Permohonan Perumahan Transit Belia 2018 Online

Perumahan Transit Belia adalah salah satu skim perumahan yang memberi kemudahan kepada kumpulan sasar menyewa rumah sebagai perumahan transit sehingga mereka mampu membeli rumah sendiri yang lebih selesa dan baik. Penyewa perlu membayar RM400 untuk rumah studio 1 bilik seluas 400 kaki persegi manakala RM550 untuk rumah studio 2 bilik berkeluasan 550 kaki persegi.

Permohonan Perumahan Transit Belia 2020 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Perumahan Transit Belia termasuk memaparkan syarat kelayakan, kelebihan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Perumahan Transit Belia

1. Pemohon adalah warganegara Malaysia

2. Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di Kuala Lumpur

3. Pendapatan isi rumah di bawah RM8,000 sebulan sahaja.

Kelebihan Perumahan Transit Belia

1. Kadar sewaan unit adalah 30% lebih rendah daripada harga pasaran.

2. RM400 sebulan bagi unit studio berkeluasan 400 kaki persegi.

3. RM550 sebulan bagi unit studio berkeluasan 550 kaki persegi.

4. Forced Saving : Dipulangkan kepada penyewa setelah tamat tempoh penyewaan.

5. Dilengkapi dengan perabot asas

Borang Permohonan Perumahan Transit Belia 2018

1. Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat Permohonan Perumahan Transit Belia secara online dengan mengisi borang di pautanĀ http://www.kpkt.gov.my/.

2. Anda perlu membuat Surat Akuan Bersumpah dengan muat turun borang diĀ http://www.kpkt.gov.my/.

BACA JUGA : 8 Skim Perumahan Mampu Milik Bagi Rakyat Malaysia

Semoga anda berjaya memiliki rumah idaman sendiri suatu nanti.

Leave a Reply