8 Skim Perumahan Mampu Milik Bagi Rakyat Malaysia 2022. Nak memiliki rumah idaman sendiri yang baik dan selesa? Panduan buat rakyat Malaysia yang ingin miliki rumah mampu milik dimana kini kerajaan telah menawarkan beberapa skim perumahan yang sesuai bagi semua golongan tidak kiralah tua atau muda. Sebenarnya terdapat pelbagai skim perumahan yang disediakan oleh kerajaan antaranya iaitu Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Perumahan Penjawat Awam (PPAM), Program Perumahan Rakyat (PPR) termasuklah skim perumahan kerajaan negeri.

8 Skim Perumahan Mampu Milik Bagi Rakyat Malaysia 2022
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang senarai skim perumahan mampu milik di Malaysia termasuk memaparkan cara permohonan :
1. Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)
PR1MA adalah satu skim perumahan yang sangat popular dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia, dimana ia memfokuskan kepada golongan sasar berpendapatan sederhana.
2. Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)
PPA1M adalah program perumahan mampu milik yang khususnya kepada penjawat awam di Malaysia yang ingin memiliki rumah berkualiti dan selesa.
3. Program Perumahan Rakyat (PPR)
PPR adalah program perumahan kos rendah yang mensasarkan golongan yang tidak berkemampuan dimana pendapatan isi rumah bulanan di bawah RM2,500. PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.
4. Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RM1RM)
RMR1M adalah program perumahan yang dikendalikan sepenuhnya oleh SPNB dengan menawarkan dua skim iaitu Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RM1RM) dan Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPLUS).
5. Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)
RUMAWIP adalah skim perumahan mampu milik khususnya yang bermastautin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Untuk pengetahuan, sebanyak 80,000 unit RUMAWIP akan dibina di sekitar Wilayah Persekutuan menjelang tahun 2020.
6. Rumah Selangorku
Rumah Selangorku adalah skim perumahan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor khususnya kepada rakyatnya yang berkelayakan dapat memiliki rumah idaman di bawah kos RM250 ribu. Anda boleh membuat Permohonan Rumah Selangorku di portal web Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Info lanjut anda boleh klik di pautan RUMAH SELANGORKU.
7. Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)
RMMJ adalah skim perumahan mampu milik kerajaan negeri Johor khususnya kepada rakyat Johor yang belum memiliki rumah idaman dan berpendapatan di bawah RM8,000 sebulan.
8. Rumah Transit
Program Rumah Transit adalah satu skim perumahan yang memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun.
Semoga anda berjaya mendapat tawaran perumahan yang disediakan oleh kerajaan.


