Permohonan Rumah PPR 2018 Online Program Perumahan Rakyat | Anda belum memiliki rumah idaman sendiri? Berita baik buat anda yang berpendapatan isi rumah RM2500 ke bawah dimana anda boleh membuat Permohonan Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) secara online. Untuk makluman, Program Perumahan Rakyat adalah satu skim perumahan yang dikelolakan oleh kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.
Jabatan Perumahan Negara/ Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia. PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa ini akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan.
Permohonan Rumah PPR 2018 Online Program Perumahan Rakyat
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Permohonan Rumah Program Perumahan Rakyat PPR 2018 termasuk syarat kelayakan, ciri-ciri rumah dan aplikasi online :
Selain skim perumahan PPR, kerajaan negeri ada mempunyai program skim perumahan sendiri seperti contohnya Rumah Selangorku (Negeri Selangor), eRumah (Pulau Pinang) dan Rumah RUMAWIP (Wilayah Persekutuan).
Syarat Permohonan PPR 2018
Antara syarat kelayakan Program Perumahan Rakyat 2018 adalah seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur 18 tahun ke atas.
3. Pendapatan isi rumah di bawah RM2,500 sebulan.
4. Pemohon belum memiliki rumah.
5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.
Projek PPR (DISEWA)
Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.
Projek PPR (DIMILIKI)
Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
Ciri-ciri Rumah PPR
○ Kawasan bandar-bandar besar : Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat.
○ Kawasan pinggir bandar : Jenis rumah teres.
○ Keluasan : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
○ Binaan : 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air.
○ Kemudahan Asas:
Dewan Komuniti/ Ruang Orang Ramai, Surau/ Ruang Solat, Gerai Makan/Ruang Niaga, Tadika, Kemudahan OKU, Taman Permainan/Kawasan Lapang dan Rumah Sampah.
Permohonan Rumah PPR 2018 Online
Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/Lembaga Perumahan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan. Pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat seperti di alamat berikut:
3. PULAU PINANG
6. NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
7. MELAKA
12. KUALA LUMPUR
13. SABAH
14. SARAWAK
15. WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi di ;
Bahagian Pembangunan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No.51, Persiaran Perdana,Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
MALAYSIA
Tel : 03 – 8891 4410 / 4411
Fax : 03 – 8891 4045
Selamat membuat Permohonan Rumah Program Perumahan Rakyat PPR 2018 secara online. Semoga permohonan anda berjaya dan miliki rumah idaman sendiri.