Permohonan Dana Raya Terengganu 2020 Online

Permohonan Dana Raya Terengganu 2020 Online. Bilakah Dana Raya Aildifitri Negeri Terengganu tahun 2020? Berita baik buat anda khususnya anak jati Negeri Terengganu yang berkelayakan menerima bantuan. Untuk makluman menerusi portal rasmi iDANATTB, permohonan Dana Raya Terengganu 2018 (Hari Raya Aidilfitri) kini dibuka secara online bermula daripada 1 April 2018 jam 10 pagi. Bantuan Dana Raya Terengganu ini akan diberikan kepada golongan yang layak di bawah kategori ibu tunggal, warga emas, OKU dan orang miskin.

Permohonan Dana Raya Terengganu 2018 Online

Permohonan Dana Raya Terengganu 2020 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat penting tentang Dana Raya Aidilfitri Terengganu termasuk memaparkan tarikh permohonan, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

○ Tarikh Dibuka: 1 April 2018 (Mulai jam 10 pagi)

○ Tarikh Ditutup: 30 April 2018

Syarat Am Dana Raya Terengganu

Antara syarat am permohonan Dana Raya Terengganu 2018 adalah seperti berikut :

1. Pemohon mestilah rakyat Negeri Terengganu sahaja.

2. Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di negeri Terengganu.

3. Bagi pemohon yang tiada slip gaji, perlu kemukakan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK atau Penghulu Mukim.

4. Permohonan anda akan ditolak sekiranya maklumat borang permohonan tidak lengkap.

Jumlah Bantuan Dana Raya Aidilfitri

● Bagi kategori OKU, warga emas dan ibu/bapa tunggal yang tiada anak akan menerima bantuan raya sebanyak RM300 setiap orang.

● Bagi kategori miskin, bujang, berumur 41 tahun ke atas dan bergaji RM 1,500 ke bawah akan menerima sebanyak RM 400.

● Bagi kategori belum berkahwin yang berumur 21 hingga 40 tahun akan menerima sebanyak RM 200 melalui Dana Bakti Remaja.

Cara Permohonan Dana Raya Terengganu Online

1. Pemohon perlu layari Portal Terengganu melalui pautan iDANATTB di http://danattb.terengganu.gov.my

2. Isi maklumat dengan lengkap.

3. Cetak borang permohonan dan serahkan kepada JKKK sebagai pengesahan beserta dokumen yang diperlukan seperti berikut ;

● Kad Pengenalan Pemohon

● Slip Gaji atau

● Bagi yang tiada slip gaji, perlu kemukakan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan

Leave a Reply