Panduan Isi e-Filing 2020 Borang Cukai Pendapatan LHDN Online. Adakah anda seorang pembayar cukai? Bagi mereka yang baru bekerja atau mula nak bayar cukai pendapatan mesti tidak tahu bagaimana cara untuk mengira cukai pendapatan anda. Berikut dikongsikan adalah cara mengisi e-Filing LHDN secara online dengan cara yang betul.

Untuk makluman, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah badan pemungut cukai negara yang mewajibkan semua individu untuk menyerahkan borang taksiran cukai pendapatan melalui sistem e-Filing. Dengan adanya sistem online e-Filing memudahkan setiap individu untuk mengisi sendiri jumlah pendapatan tahunan, penolakan cukai, pelepasan cukai dan rebai cukai.
Panduan Isi e-Filing 2020 Borang Cukai Pendapatan LHDN Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang e-Filing borang cukai pendapatan LHDN yang betul dan tersusun :
Apa itu e-Filing?
E-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) LHDN secara online melalui internet. Sebelum dapat mengisi e-Filing, anda perlu pergi ke LHDN untuk mendaftar cukai dan mendapatkan nombor cukai.
Cara Isi E-Filing Borang Cukai Pendapatan Online
Bagi anda yang pertama kali nak hantar borang taksiran cukai pendapatan, anda perlu daftar dahulu sistem e-Daftar untuk dapatkan nombor permohonan.
1. Isi Borang e-Daftar
● Pergi ke laman web e-Daftar di http://edaftar.hasil.gov.my/. Pilih pendaftaran individu dan klik pada borang pendaftaran online.
2. Catat Nombor Permohonan
● Setelah isi borang permohonan dengan lengkap, pastikan nombor permohonan yang diberikan simpan dengan rapi.
3. Muat Naik Dokumen Penting
● Bagi anda warganegara Malaysia, tidak perlu memuat naik salinan MyKad. Tetapi bagi yang ada perniagaan atau bisnes kecil-kecilan, pastikan muat naik dokumen tersebut.
4. Semak Status Permohonan
● Selepas beberapa hari pendaftaran, anda boleh membuat semakan status permohonan dan diberikan nombor PIN yang akan digunakan untuk mengisi borang e-Filing nanti.
Cara Isi e-Filing Untuk Serah Borang Taksiran & Pengiraan Cukai Pendapatan
Berikut adalah cara isi borang e-Filing untuk Serah Borang Taksiran dan Pengiraan Cukai Pendapatan seperti :
1. Login akaun di ezHASIL
● Layari ke portal rasmi ezHASiL atau e-Filing di https://ez.hasil.gov.my/CI/Login.aspx.
● Bagi yang pertama kali anda perlu klik pada ‘Login Kali Pertama’. Isikan nombor pin yang diberikan dan ikuti langkah-langkah seterusnya untuk mendapatkan sijil digital.
● Setelah itu log masuk akaun ezHASiL dengan memasukkan No. Kad Pengenalan dan juga Kata Laluan yang tepat dan klik butang ‘HANTAR’.
2. Pilih e-Borang yang betul
● Sistem akan memaparkan menu perkhidmatan dalam e-Filing.
● Pilih menu e-Borang atau menu utama Perkhidmatan di sebelah kiri, pilih submenu e-Filing →e-Borang untuk ke laman e-Borang.
● Pada skrin e-Borang, pilih jenis borang dan klik tahun taksiran yang berkaitan.
● Skrin borang e-BE akan dipaparkan. Maklumat pada borang terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:
√ Maklumat Individu
√ Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan
√ Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai
√ Rumusan
3. Isi atau Semak Maklumat Individu
● Pada skrin Maklumat Individu, ruangan maklumat yang bertanda (*) adalah mandatori untuk diisi. Maklumat yang telah diisi akan disimpan apabila pengguna klik pada “tab” yang seterusnya. Terdapat 3 menu di bahagian bawah skrin iaitu:
i . Nota Penerangan BE – Penerangan mengenai borang BE
ii. Borang Versi Bahasa Inggeris – Borang BE dalam versi Bahasa Inggeris
iii. Keluar – Keluar dari skrin e-Borang
4. Isi maklumat tentang jumlah pendapatan
● Pada skrin Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan, maklumat berkenaan penggajian akan dipaparkan. Pengguna boleh mengisi maklumat berkenaan pendapatan pada skrin ini.
5. Isi berkenaan tentang pelepasan/ rebat/ tolakan cukai/ pelepasan cukai
● Pada skrin Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai, pengguna boleh mengisi maklumat untuk pelepasan cukai. Penerangan boleh diperolehi sekiranya tetikus digerakkan pada simbol i.
6. Isi maklumat di skrin Rumusan
● Pada skrin Rumusan, rumusan cukai akan dipaparkan sama ada pengguna mempunyai “Lebihan Bayaran” atau “Baki Cukai Kena Dibayar”. Pengguna juga boleh menyemak semula rumusan maklumat yang telah diisi seperti “Jumlah Pendapatan”. Tekan butang Teruskan untuk menghantar pengisytiharan borang.
7. Sahkan Borang Taksiran
Pada skrin Akuan, Terdapat 3 pilihan menu pada skrin ini iaitu:
i. Cetak Draf Borang – Mencetak draf borang dalam bentuk PDF.
ii. Tandatangan & Hantar – Untuk menghantar e-Borang.
iii. Kembali – Kembali ke skrin yang sebelumnya.
● Kemudian, tekan butang Tandatangan & Hantar untuk menghantar e-Borang.
● Anda boleh memuat naik borang yang telah diisi dengan lengkap.
Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi di talian:
Telefon : 1800-88-5436
Emel: callcentre@hasil.gov.my
Waktu Bekerja: 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin hingga jumaat)
Selamat mengisi borang e-filing cukai pendapatan LHDN dengan sempurna.


