Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya 2018 Online & SMS

Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya 2018 Online & SMS | Sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih? Bagaimana cara untuk membuat semakan daftar pemilih Pilihan Raya kali ke-14? Panduan buat anda yang memenuhi syarat kelayakan dan telah membuat pendaftaran pemilih pilihanraya. Untuk makluman, kini calon boleh membuat semakan daftar pemilih pilihan raya 2018 secara online di portal MySPR. Bagi yang masih lagi belum mendaftar sebagai pemilih atau pengundi pilihanraya, anda boleh mendaftar melalui kaedah ini.

Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya 2018 Online & SMS

Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya 2018 Online & SMS

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara menyemak daftar pemilih pilihanraya 2018 yang mengandungi lokasi tempat DAERAH MENGUNDI, DUN dan PARLIMEN :

○ Permohonan Undi Pos Luar Negara Pilihanraya 2018

A. Semakan Daftar Pemilih SPR Online

1. Layari laman web di pautan https://pengundi.spr.gov.my.

2. Sila masukkan No Kad Pengenalan dan Aksara Captcha yang telah diberikan.

3. Klik ‘Semak’ untuk ketahui status daftar pemilih pilihanraya calon.

Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya 2018 Online & SMS

B. Semakan Daftar Pemilih Bagi Isi Rumah Online

SPR turut menyediakan satu sistem online untuk menyemak daftar pemilih bagi isi rumah. Sistem ini menyediakan kemudahan untuk menyemak lebih dari seorang pemilih secara serentak. Ia membolehkan pemilih yang menghuni sesebuah rumah yang sama mengesahkan sama ada mereka didaftarkan di kawasan Parlimen, DUN, Daerah Mengundi dan Lokaliti yang sama.

○ Aplikasi Semakan : https://pengundi.spr.gov.my//isirumah

C. Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya Melalui SMS

○ Taip : SPR <jarak> SEMAK <jarak> No. IC dan hantarkan SMS ke 15888.

○ Contoh : SPR SEMAK 675212076542 dan hantarkan SMS ke 15888.

Semakan Daftar Pemilih Pilihanraya 2018 Online & SMS

Syarat Layak Mendaftar Pemilih Pilihanraya

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:

1. Seorang warganegara Malaysia;

2. Telah mencapai umur 21 tahun;

3. Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan;

4. Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

Cara Mendaftar Pemilih Pilihanraya

Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:

1. Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran.

2. Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.

3. Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan.

4. Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati.

5. Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

BACA JUGA : Semakan Keputusan Rasmi PRU 14 Semua Negeri DUN Dan Parlimen 2018

Selamat membuat semakan daftar pemilih pilihanraya secara online dan SMS.

Leave a Reply