Borang Permohonan Rayuan BR1M 2018 Online & Manual | Adakah anda pemohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2018? Adakah Permohonan BR1M 2018 anda lulus atau gagal? Panduan buat pemohon yang gagal dalam permohonan BR1M 2018 bagi kategori bujang dan kategori yang lain. Untuk makluman, permohonan rayuan BR1M 2018 boleh dibuat mulai 2 April 2018 dehingga 31 Mei 2018 di semua cawangan LHDNM. Manakala, bagi pemohon status tidak lulus boleh dibuat secara online mulai 13 April 2018.
Permohonan rayuan BRIM 2018 boleh dibuat secara manual di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan juga Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran dengan tempat tinggal pemohon.
Borang Permohonan Rayuan BR1M 2018 Online & Manual
Berikut dikongsikan adalah maklumat penting tentang Permohonan Rayuan BR1M 2018 termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan rayuan BR1M:
Tarikh Penting Permohonan Rayuan BR1M 2018
● Tarikh Permohonan: 2 April 2018 – 31 Mei 2018 (Manual), 13 April – 31 Mei 2018 (Online)
● 2017 : 3 April sehingga 31 Mei 2017
Borang Permohonan Rayuan BR1M 2018
1. Permohonan rayuan boleh dibuat dengan memuat turun Borang Rayuan BR1M BK-01 (1/2018) dalam bentuk PDF. Download borang seperti di bawah ;
2. Pemohon perlu mengisi dan mengemukakan borang permohonan rayuan BR1M bersama dokumen berkaitan seperti penyata gaji dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan terkini. Muat turun dokumen yang diperlukan untuk rayuan BR1M menerusi pautan di bawah :
● Dokumen Penting Yang Diperlukan
3. Salinan dokumen yang wajib dikemukakan bagi mereka yang mempunyai tanggungan adalah seperti berikut:
○ Sijil/ surat pengesahan cerai oleh Jabatan Agama Islam Negeri/ JPN/ JAKOA/ Tuai Rumah/ Ketua Peribumi @ Ketua Kaum/ Ketua komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan ialah ibu/ bapa tunggal) atau bagi mereka yang di bawah tanggungan ibu/ bapa (jika status perkahwinan ialah bujang); ATAU
○ Sijil/ surat pengesahan kematian oleh JPN/ JAKOA/ Tuai Rumah/ Ketua Peribumi @ Ketua kaum/ Ketua komuniti bagi pasangan (jika status perkahwinan alah ibu/ bapa tunggal) atau bagi mereka yang di bawah tanggungan ibu/ bapa (jika status perkahwinan ialah bujang); DAN
○ Sijil lahir tanggungan/ daftar anak angkat/ sijil lahir pemohon atau dokumen bukti pertalian hubungan jika ibu bapa tidak memohon;
○ Surat hak penjagaan tanggungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)/ Mahkamah/ Agensi yang dilantik oleh kerajaan (jika berkenaan).
Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian Hotline BR1M MOF 03-8882 4565 / 03-8882 456 atau Hotline BR1M LHDNM 1-800-88-2716
Emel: br1m@treasury.gov.my
Selamat membuat permohonan rayuan BR1M 2018. Semoga anda berjaya dalam rayuan BR1M.
Mengharapkan bantuan