Permohonan Insentif Geran Sepadan SSPN1M Percuma RM500 Tahun 2018

Permohonan Insentif Geran Sepadan SSPN1M Percuma RM500 Tahun 2018 | Anda sebagai ibu bapa ingin membuat simpanan awal kepada anak-anak anda? Berita baik kepada kanak-kanak yang berumur 7 tahun hingga 12 tahun dimana semasa pembentangan Bajet 2018 yang lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa RM250 juta disediakan kepada 500 ribu pencarum berumur 7 hingga 12 tahun dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang dijenamakan semula sebagai Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia atau SSPN1M. Insentif Geran Sepadan Percuma RM500 atau GS500 ini layak diberikan kepada mereka yang mempunyai akaun SSPN1M dan sedang belajar di sekolah rendah yang telah dilaksanakan bermula 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018.

Permohonan Insentif Geran Sepadan SSPN1M Percuma RM500 Tahun 2018

SSPN1M adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia yang dijenamakan semula daripada produk simpanan PTPTN. SSPN1M terdiri daripada SSPN1M-i yang dahulunya dikenali sebagai SSPN-i dan SSPN1M-i Plus atau dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus. Insentif Khas Geran Sepadan ini hanya boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat mencecah usia lapan belas (18) tahun.

Permohonan Insentif Geran Sepadan SSPN1M Percuma RM500 Tahun 2018

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Insentif Geran Sepadan SSPN1M 2018 termasuk kelayakan penerima dan cara dapatkan GS500 :

Cara Buka Akaun SSPN-i Online

Untuk melayakkan anak-anak anda menerima insentif percuma RM500 ini, anda perlu membuka akaun simpanan SSPN-i terlebih dahulu manakala yang sudah mempunyai akaun SSPN1M tidak perlu lagi. Anda boleh buka akaun SSPN1M secara online di portal web PTPTN atau di kaunter cawangan PTPTN dan juga ejen-ejen sah yang telah dilantik.

Kelayakan Menerima Insentif GS500

Insentif GS500 layak diberikan kepada pendeposit seperti berikut :

● Mempunyai akaun SSPN1M yang dibuka untuk penerima manfaat;

● Penerima manfaat (pada tahun 2018) mestilah :

i) berumur tujuh (7) hingga dua belas (12) tahun.

ii) sedang belajar di sekolah rendah.

Permohonan Insentif Geran Sepadan SSPN1M Percuma RM500 Tahun 2018

Cara Mendapatkan Insentif Geran Sepadan Percuma RM500

Pendeposit perlu membuat simpanan bersih sekurang-kurangnya RM500.00 dalam produk yang sama di dalam tahun 2018 (tidak termasuk jumlah takaful bagi SSPN1M-i  Plus). Contoh seperti berikut ;

Permohonan Insentif Geran Sepadan SSPN1M Percuma RM500 Tahun 2018

Sebarang maklumat lanjut mengenai insentif geran sepadan percuma RM500 boleh diperolehi dengan melayari laman web iaitu www.ptptn.gov.my atau menghubungi Careline 03- 2193 3000.

Selamat membuka akaun SSPN1M dan membuat simpanan ke akaun anak-anak anda untuk melayakkan mereka menerima insentif geran sepadan percuma RM500 dengan tagline “SIMPANAN RM500 PERCUMA RM500 UNTUK 500 PELAJAR”. Jadilah di antara 500,000 pendeposit bertuah ini! Semoga perkongsian ini dapat dijadikan rujukan buat anda semua.

Sumber : PTPTN

Leave a Reply