Semakan Status CCRIS Online Di Sistem eCCRIS

Semakan Status CCRIS Online Di Sistem eCCRIS | Bagaimana cara semakan CCRIS secara mudah? Panduan buat anda yang ingin membuat semakan CCRIS dimana Bank Negara Malaysia (BNM) baru memperkenalkan satu sistem online iaitu eCCRIS bagi memudahkan para pengguna mendapatkan data tentang segala hutang pengguna dengan pihak bank. Secara tak langsung sistem online eCCRIS ini dapat membantu peminjam untuk menyemak rekod pembayaran anda dengan semua institusi kewangan yang anda ada buat pinjaman termasuk sekali PTPTN.

Semakan Status CCRIS Online Di Sistem eCCRIS

Untuk pengetahuan, Central Credit Reference Information System atau CCRIS adalah satu sistem dimana tersimpan semua rekod pinjaman peribadi dan juga menyemak untuk meluluskan permohonan pinjaman anda. Berikut dikongsikan adalah cara mendaftar eCCRIS secara online.

Semakan Status CCRIS Online Di Sistem eCCRIS

Berikut adalah cara semakan CCRIS secara online di aplikasi eCCRIS :

Apa itu Laporan Kredit?

Apabila anda memohon kad kredit atau pinjaman daripada bank-bank/ institusi kewangan akan merujuk kepada agensi pelaporan kredit seperti CTOS untuk mengesahkan status pemohon berkaitan dengan sejarah kredit anda. Dengan adanya laporan ini dapat memudahkan bank menilai permohonan anda.

Cara Semakan Status CCRIS Online

1. Daftar butiran di Bank Negara Malaysia

Anda sila hadir ke kiosk CCRIS di Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuat pendaftaran butiran anda. Ini alamat BNM seperti berikut ;

BNMLINK

Jabatan LINK & Pejabat Wilayah

Tingkat Bawah, Blok D

Bank Negara Malaysia

Jalan Dato Onn

50480 Kuala Lumpur.

2. Cari Kiosk CCRIS untuk mendaftar

Cari Kiosk CCRIS untuk membuat pendaftaran. Sila pilih bahasa yang dikehendaki sama ada Bahasa Melayu atau English.

3. Klik CCRIS

Dipaparkan ke halaman utama, sila pilih menu yang bertanda CCRIS dan klikkan.

4. Klik Daftar Pengguna

Sila pilih submenu yang bertanda ‘Daftar Pengguna’.

5. Masukkan IC

Setelah itu masukkan nombor kad pengenalan anda dan apabila lampu merah menyala, sila letak ibu jari kanan atau kiri di atas pengimbas cap jari.

6. Sila masukkan nombor telefon bimbit anda dan klik ‘Teruskan”.

7. Sahkan maklumat anda

Selepas itu, nombor PIN akan dihantar ke telefon bimbit anda yang didaftar untuk mengaktifkan akaun CCRIS anda. Sila sahkan nombor telefon anda yang dimasukkan.

8. Dapat No PIN CCRIS

Di dalam mesej akan dipaparkan PIN 6 digit yang telah didaftarkan.

9. Login akaun CCRIS online

Layari ke laman rasmi¬†https://eccris.bnm.gov.my/. Bagi pengguna baru, klik ‘First Time Login’.

10. Masukkan nationality anda mestinya MALAYSIA. Letakkan nombor ID iaitu nombor kad pengenalan dan masukkan pula No PIN yang didaftarkan seperti di dalam SMS anda.

11. Kemudian kena daftar User ID, Email, Password. Klik ‘Submit’.

12. Sesudah itu login semula akaun anda. Masukkan User ID dan kata laluan anda.

13. Di bahagian menu, klik butang ‘Enquiry’ dan pilih ‘Self Enquiry’.

14. Baca disclaimer dan kemudian tick “I Agree” dan klik “Report Enquiry”.

15. Laporan CCRIS akan dipaparkan serta merta.

Semoga perkongsian ini membantu pengguna untuk membuat semakan status CCRIS dengan mudah secara online.

Sumber : FB Harith

Leave a Reply