Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Bank Automatik 6 Bulan – BNM

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Bank Automatik 6 Bulan – BNM. Kini negara Malaysia amnya dunia diserang dengan penularan wabak Coronavirus yang mengakibatkan kematian. Rata-rata pekerja swasta termasuk golongan berpendapatan rendah B40 terkesan dengan wabak COVID-19. Berita baik buat anda dimana Bank Negara Malaysia (BNM) membenarkan pelanggan perbankan, termasuk individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka, termasuk gadai janji dan sewa beli dalam tempoh enam bulan.

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Bank Automatik 6 Bulan - BNM

Tujuan penangguhan ini untuk mengurangkan beban perniagaan dan isi rumah yang dijangka terkesan oleh penularan COVID-19. Menurut makluman daripada Berita Harian, BNM berkata moratorium automatik itu akan berkuat kuasa mulai 1 April 2020 ini.

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Bank Automatik 6 Bulan – BNM

Menurut BNM lagi, institusi perbankan perlu menyediakan individu dan peminjam PKS dengan maklumat yang mencukupi mengenai bagaimana pembayaran pinjaman dan pembiayaan yang ditangguhkan akan dilaksanakan dalam tempoh itu.

Bagi baki kad kredit yang belum dijelaskan, pelanggan perlu ditawarkan pilihan untuk menukar baki tertunggak kepada pinjaman jangka masa tidak melebihi tiga tahun.

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Bank Automatik 6 Bulan - BNM
Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Bank Automatik 6 Bulan - BNM
Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Bank Automatik 6 Bulan - BNM

Sumber : Berita Harian Online

Leave a Reply