Borang Permohonan TUBE Mega 2023 Online (Semakan Status)

Borang Permohonan TUBE Mega 2023 Online (Semakan Status). Panduan buat golongan Belia warganegara Malaysia bertaraf bumiputera yang ingin memulakan perniagaan. Untuk makluman, Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Operasi bersama SME Corp Malaysia bersetuju meneruskan program yang telah diperkenalkan sejak tahun 2014 iaitu Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) khususnya kepada belia usahawan. Melalui inisiatif PENJANA, permohonan ini dibuka semula bermula pada 15 Oktober hingga 25 Oktober 2020 menerusi laman web tube.smecorp.gov.my.

Borang Permohonan TUBE Mega 2023 Online (Semakan Status)

Program TUBE adalah merupakan satu inisiatif kerajaan yang telah dilaksanakan sejak tahun 2014 untuk memupuk budaya keusahawan dalam kalangan belia. Program ini menyasarkan golongan belia Bumiputera yang berumur antara 18 tahun hingga 30 tahun yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan.

Borang Permohonan TUBE Mega 2023 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) termasuk memaparkan syarat kelayakan dan cara memohon :

Syarat Kelayakan Permohonan TUBE 2023

Antara syarat-syarat kelayakan program TUBE Mega adalah seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur di antara 18 hingga 30 tahun pada tarikh tutup permohonan dalam talian;

  • Pemohon dilahirkan di Malaysia;
  • Salah seorang ibu atau bapa dilahirkan di Malaysia.

2. Pemohon yang mempunyai sijil kemahiran dari institusi atau pusat kemahiran tempatan akan diberikan keutamaan.

3. Belum memulakan perniagaan, namun mempunyai minat yang mendalam untuk mengusahakan perniagaan. Sekiranya telah menjalankan perniagaan, ia mestilah kurang 12 bulan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tarikh tutup permohonan dalam talian;

  • Hanya mengambil kira pendaftaran SSM kali pertama.
  • Bagi graduan universiti, pendaftaran dengan SSM mestilah kurang 24 bulan.
  • Sekiranya ia pembaharuan pendaftaran, maka tarikh perdaftaran baharu tidak diambil kira.

4. Sihat tubuh badan dan boleh menjalankan sebarang aktiviti fizikal dan lasak.

  • Tidak mempunyai alahan yang serius;
  • Tidak pernah menjalani pembedahan atau mengalami patah tulang dalam tempoh 6 bulan sebelum tarikh tutup permohonan;
  • Pemohon wanita yang disahkan hamil atau sedang dalam tempoh berpantang (100 hari selepas bersalin) sewaktu tarikh tamat permohonan dan apabila menyertai Fasa 1 & 2 Program tidak layak meneruskan Program.

5. Pemohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis.

6. Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana kakitangan SME Corp. Malaysia.

7. Bagi pemohon pasangan suami isteri atau adik-beradik, hanya salah seorang sahaja yang layak dipertimbangkan.

8. Pemohon tidak bekerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta.

9. Pemohon tidak pernah menyertai program ini sebelumnya.

Tarikh Penting Permohonan TUBE 2021

  • Permohonan Online : 15 Oktober – 25 Oktober 2020
  • Saringan Permohonan : November 2020
  • Sesi Temuduga : November 2020
  • Latihan Dalam Talian : Januari – Mac 2021

Cara Permohonan TUBE Mega Online

Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi https://tube.smecorp.gov.my/.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian :

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 KUALA LUMPUR
Email: tube@smecorp.gov.my
Infoline: 1-300-30-6000

BACA JUGA : Cara Pendaftaran dan Pembaharuan Perniagaan SSM 2023 Online

Leave a Reply