Permohonan Bantuan Program Prihatin MAIK COVID-19 Kepada Golongan Asnaf

Permohonan Bantuan Program Prihatin MAIK COVID-19 Kepada Golongan Asnaf. Berita baik buat golongan asnaf atau yang tidak berkemampuan semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Untuk makluman, Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan menawarkan satu bantuan khas iaitu Program Prihatin MAIK khas buat golongan asnaf dan yang tidak berkemampuan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Permohonan Bantuan Khas Covid-19 boleh dibuat melalui Aduan Prihatin MAIK (talian prihatin dan Aduan emel) sehingga 15 April 2020 bagi memberi ruang untuk memproses permohonan bantuan sedia ada.

Permohonan Bantuan Program Prihatin MAIK COVID-19 Kepada Golongan Asnaf

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengagihkan zakat RM12.6 juta kepada asnaf sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu. Untuk fasa pertama PKP hingga 31 Mac lalu, jumlah agihan zakat RM4.7 juta manakala bagi fasa kedua pula, MAIK membuat penambahan sebanyak RM7.9 juta.

Permohonan Bantuan Program Prihatin MAIK COVID-19 Kepada Golongan Asnaf

Tarikh Permohonan : Sehingga 15 April 2020

Senarai Bantuan Program Prihatin MAIK COVID-19

1) Dengan kerjasama kerajaan Kelantan sendiri, MAIK telah memberikan makanan asas yang bernilai RM100 kepada keluarga di Kelantan. Sebanyak RM602 ribu telah diperuntukkan kepada masjid (mengikut bandar, jajahan dan mukim) yang mana kemudiannya akan diagihkan kepada keluarga asnaf.

2) Sumbangan makanan pagi, tengahari dan malam untuk ‘frontliner’ di HRPZ II Kota Bharu.

3) Bayaran gaji penuh kepada semua pekerja sambilan MAIK yang sebelum ini menerima gaji harian.

4) Bayaran penuh elaun bulan Mac kepada para mualaf orang asli dan guru agama MAIK.

5) Bantuan bulanan (bulan Mac) golongan asnaf telahpun diberikan kepada 9015 penerima.

Cara Mohon Bantuan Program Prihatin MAIK Online

Buat masa kini, anda boleh membuat permohonan secara atas talian (online) atau menerusi emel di laman web rasmi http://www.e-maik.my/.

BACA JUGA :

Untuk keterangan lanjut, hubungi Prihatin MAIK :

No. Tel : 09- 7443660/ 7481512 (Ahad – Khamis 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari)

Leave a Reply