Permohonan Bantuan Tunai RM300 Untuk Negeri Kedah (One-Off). Anda sedang memerlukan bantuan kewangan? Berita baik buat anak jati Kedah yang memerlukan bantuan kewangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan. Untuk makluman, kerajaan Negeri Kedah mengumumkan satu bantuan khas iaitu Bantuan Tunai RM300 secara one-off khususnya kepada golongan yang terkesan akibat COVID-19. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon bantuan khas ini melalui Pusat Khidmat DUN masing-masing.

Selain bantuan ini, kerajaan Persekutuan telah mengumumkan satu bantuan khas iaitu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) khususnya kepada golongan berpendapatan rendah B40 termasuk M40 yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Permohonan Bantuan Tunai RM300 Untuk Negeri Kedah (One-Off)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Tunai RM300 Negeri Kedah termasuk memaparkan syarat kelayakan, bayaran dan cara permohonan :
Syarat Kelayakan Bantuan Tunai RM300
Mereka yang terputus pendapatan akibat COVID-19 layak memohon bantuan ini.

Borang Permohonan Bantuan Tunai RM300 Negeri Kedah
a. Pemohon boleh menghubungi Pusat Khidmat DUN masing-masing bagi mendapatkan borang permohonan
b. Pemohon juga boleh mengisi borang melalui atas talian sekiranya disediakan oleh Pusat Khidmat DUN masing-masing.
c. Borang yang lengkap diisi sama ada dalam bentuk Hard Copy atau atas talian hendaklah dihantar Pusat Khidmat DUN masing-masing.
Nota : Setiap permohonan akan melalui tapisan oleh YAB MB, YB EXCO, YB ADUN Kerajaan dan Penyelaras DUN mengikut DUN masing-masing bagi memastikan mereka yang layak sahaja akan menerima bantuan ini.
Cara Bayaran Bantuan Tunai RM300 Negeri Kedah
A. Permohonan yang berjaya dan layak akan menerima bantuan RM300 melalui pindahan secara online yang akan dikreditkan ke akaun bank penerima.
B. Permohonan yang berjaya dan layak tetapi tidak mempunyai akaun bank akan menerima bantuan RM300 secara tunai melalui Pusat Khidmat DUN masing-masing.
Sebarang pertanyaan lanjut tentang bantuan ini sila rujuk nombor Pusat Perkhidmatan DUN masing-masing :

BACA JUGA : Permohonan Bantuan Prihatin Nasional Online B40 M40



macam mna nak mohon bantuan ini
Bolekah buat permohonan melalui online?
Melalui borang permohonan sahaja yang boleh didapati di DUN masing-masing
Bantuan covid19
Borang dh hbs, mcmana nak buat permohonan?
Ingin memohon bantuan covic-19 negeri Kedah rm300
mcm mne nk mohon dun pon sye x knal. mllui online x boleh ke