Senarai Bantuan Khas COVID-19 Setiap Kerajaan Negeri. Kerajaan kini telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan susulan wabak COVID-19 yang menular di negara kita. Wabak Covid-19 yang menjadi pandemik di serantau dunia tak terkecuali Malaysia telah memberi impak yang besar kepada rakyat dalam sosial ekonomi dan pekerjaan. Sudah pasti ramai yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang di tambah 14 hari lagi selepas fasa pertama berakhir. Berikutan itu kerajaan Persekutuan termasuk negeri merencanakan sesuatu dengan mengumumkan beberapa bantuan khas buat rakyat yang terjejas dengan PKP.
Senarai Bantuan Khas COVID-19 Setiap Kerajaan Negeri
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Khas COVID-19 di seluruh Negeri Malaysia termasuk memaparkan jenis bantuan :
Negeri Kedah
- Penangguhan bayaran cukai tanah Kedah selewat-lewatnya pada 30 September 2020
- Gaji Guru KAFA diawalkan
- Bantuan Food Bank Negeri Kedah di 576 buah masjid
Negeri Pulau Pinang
- Dana bantuan berjumlah RM20 juta secara keseluruhan bagi peniaga kecil yang terjejas PKP
- Bantuan Zakat Pulau Pinang sebanyak RM500 diberikan kepada golongan asnaf dan miskin di Pulau Pinang
Negeri Perlis
- Bantuan diskaun 50 peratus sewa rumah PPR Perlis bagi bulan Mac dan April 2020
- Bantuan diskaun 50 peratus sewa gerai atau meja jualan dengan Majlis Perbandaran Kangar
- Bantuan diskaun cukai tanah pertanian (8%), bangunan (5%) dan industri (3%) di Perlis sehingga 31 Mei 2020
- Tidak perlu bayar sewa tapak pasar malam dan pasar sehari di Perlis bagi bulan Mac dan April 2020
- Penangguhan bayaran pinjaman pelajaran kerajaan negeri Perlis untuk bulan Mac dan April 2020
Negeri Perak
- Bantuan khas sebanyak RM500 seorang secara one-off kepada 4,000 penjaja dan peniaga kecil akibat PKP
- Bantuan makanan secara percuma untuk doktor, jururawat dan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Perak
Negeri Kelantan
- Bantuan tunai RM300 secara one-off jika ahli keluarga anda disahkan positif COVID-19 di Kelantan
- Bantuan tunai RM500 secara one-off akan diberikan sekiranya ahli keluarga meninggal dunia akibat COVID-19
Negeri Pahang
- 2,895 penerima bayaran Bantuan Am bulanan Negeri Pahang akan dapat duit pembayaran lebih awal
- Bantuan diskaun 50 peratus bayaran sewa kedai, permit pasar tani, pasar pagi, pasar malam, premis di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang dan PBT Pahang
- Diskaun 50 peratus untuk bayaran sewa rumah kos rendah dan rancangan rumah murah untuk bulan April 2020
- 17,000 rakyat Pahang akan menerima bantuan khas sebanyak RM150 tunai beserta barangan keperluan
Negeri Selangor
- Satu insentif one-off berjumlah RM200 kepada enam ribu petugas yang terlibat di seluruh Selangor
- Pengecualian sewa akan diberikan kepada 80,000 penjaja dan peniaga berlesen akibat kehilangan punca utama
- Pelajar-pelajar Selangor yang menuntut dan terpaksa kekal di institusi-institusi Pendidikan Tinggi di Sabah dan Sarawak akan menerima bantuan sara diri one-off sebanyak RM200 kepada 2,500 pelajar
- Penangguhan bayaran sewa sebanyak tiga bulan ansuran bagi 2,700 penyewa Skim Smart Sewa di Selangor
Artikel Berkaitan : Semakan dan Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020
Negeri Melaka
- Bantuan makanan percuma bernilai RM100 kepada semua muallaf dan orang miskin di Melaka
- Bantuan makanan khusus untuk golongan berpendapatan rendah B40 yang akan menerima sebanyak RM50 untuk golongan asnaf manakala RM100 bagi bukan golongan asnaf
- Penjaja dan peniaga kecil tak perlu bayar sewa tapak di Melaka untuk bulan Mac dan April 2020
Negeri Johor
- Bayaran bantuan berjumlah RM1,000 secara one-off kepada pesakit COVID-19 di Negeri Johor
- MAIJ akan memberikan bantuan segera kepada asnaf yang terkesan kepada COVID-19
- Bagi Pekerja Sambilan Harian (PSH) atau kontrak kerajaan akan dibayar gaji seperti biasa
Negeri Sembilan
- Bayaran bantuan am JKM diawalkan
- Boleh bayar cukai tanah Negeri Sembilan selewat-lewatnya pada 31 Julai 2020
Negeri Sarawak
- Bantuan tunai bulanan sebanyak RM250 selama enam bulan kepada 430,000 rakyat Sarawak yang berpendapatan rendah B40.
- Semua 6,232 doktor, jururawat dan kakitangan hospital dan klinik di negeri Sarawak menerima wang tunai berjumlah RM300
- 568,000 menerima bantuan diskaun bil elektrik di Sarawak sebanyak 25% setiap bulan bermula daripada bulan April hingga September 2020.
- Bantuan 2 juta free mask percuma untuk rakyat negeri Sarawak
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- MAIWP akan memberi bantuan tunai sebanyak RM500 kepada asnaf yang tinggal di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan
BACA JUGA : Senarai Bantuan Khas COVID-19 Kerajaan Persekutuan