Permohonan Bantuan Bekalan Makanan ‘Program Zero Hunger’ Kepada Keluarga B40. Anda memerlukan bantuan bekalan makanan? Berita baik buat anda yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Untuk makluman, Malakat Mall bersama Yayasan Brainy Bunch telah melancarkan satu program bantuan iaitu ‘Program Zero Hunger’ kepada keluarga berpendapatan rendah B40 yang tidak mempunyai dana untuk membeli makanan semasa tempoh kawalan terhad pergerakan. Permohonan ini boleh dibuat secara online dengan mengisi borang permohonan di laman web rasmi sadaqahmarket.com.
Permohonan Bantuan Bekalan Makanan ‘Program Zero Hunger’ Kepada Keluarga B40
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Bekalan Makanan ‘Program Zero Hunger’ termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Program Zero Hunger
Zero Hunger adalah merupakan satu unit utama di Yayasan Brainy Bunch yang membawa misi menyediakan makanan kepada keluarga yang memerlukan dan tidak berkemampuan. Pihak Zero Hunger menyediakan 1,000 bakul berisi makanan keperluan asas bernilai RM100 setiap satu untuk diagihkan kepada keluarga golongan B40 yang layak bagi membantu meringankan beban mereka. Mereka akan mengenal pasti beberapa lokasi strategik untuk golongan sasaran bagi memudahkan mereka akses kepada bantuan tersebut.
Syarat Kelayakan Bantuan Bekalan Makanan ‘Program Zero Hunger’
Antara syarat-syarat kelayakan yang perlu diikuti adalah :
1) Pendapatan Isi Rumah
Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3500 sebulan dan bekalan makanan yang tidak mencukupi
2) Tanggungan Isi Rumah
Mempunyai bilangan tanggungan isi rumah yang tinggi
3) Pekerja Yang Bercuti Tanpa Gaji
Pekerja-pekerja yang mendapat notis bercuti tanpa gaji sepanjang tempoh COVID-19
4) Hilang Punca Pendapatan Keluarga
Masalah-masalah lain yang menyebabkan hilang punca pendapatan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan
5) Peniaga Pasar Malam
Peniaga pasar malam yang tidak dapat berniaga dan menjana pendapatan kerana perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan
6) Ibu Tunggal
Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan isi rumah yang banyak.
Cara Permohonan Program Zero Hunger
Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon secara online di laman web https://sadaqahmarket.com/borang-permohonan-bantuan-bekalan-makanan-untuk-b40/
Sumber : sadaqahmarket