Senarai Sekolah Menengah Teknik dan Kursus SMT 2021. Panduan buat pelajar lepasan PT3 yang berminat melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) ambilan 2021. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke SMT sesi 2021 boleh dibuat secara online bermula pada 7 September hingga 2 Oktober 2020. Selain SMT, calon juga boleh buat permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional yang dibuka tarikh sama pengambilan Sekolah Menengah Teknik.

Sekolah Menengah Teknik atau ringkasnya SMT menjurus kepada Sijil Pelajaran Malaysia Aliran Teknikal yang di tawarkan di 9 buah Sekolah Menengah Teknik seluruh Malaysia yang memberikan fokus kepada bidang pengajian Kejuruteraan Awam, Elektrikal Elektronik, Mekanikal, Perdagangan dan Sains Pertanian. Tempoh pengajian adalah selama dua tahun dari tingkatan 4 dan tingkatan 5.
Senarai Sekolah Menengah Teknik dan Kursus SMT 2020
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang senarai Sekolah Menengah Teknik di Malaysia termasuk memaparkan kursus pengajian SMT :
Senarai SMT di Malaysia 2021
1. Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar
SMT Tuanku Jaafar,
KM 4 Jalan Seremban
Kuala Pilah
70400 Ampangan
Negeri Sembilan
2. Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu
3. Sekolah Menengah Teknik Alor Setar
4. Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu Melaka
5. Sekolah Menengah Teknik Kuantan Pahang
6. Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur
SMT Kuala Lumpur
Jalan Yaacob Latif
Bandar Tun Razak
56000 Cheras
Kuala Lumpur
Tel: 03- 91318052
7. Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra
8. Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru
9. Sekolah Menengah Teknik Sejingkat Sarawak
SMT Sejingkat
Lorong Demak Indah 5A1
Jalan Bako
93050 Kuching
Sarawak
Senarai Kursus/ Bidang Sekolah Menengah Teknik
A. Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Kursus ini adalah pendedahan kepada pelajar kepada asas Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Konsep-konsep asas yang dipelajari dapat memupuk dan memperkembangkan minat dan penguasaan prinsip kejuruteraan Elektrik & Elektronik seperti litar, elektromagnet, pengubal diod, transistor dwikutub, elektronik conduit, perhubungan, komputer motor dan robotik melalui aktiviti pembelajaran secara teori, amali dan binaan projek.
B. Pengajian Kejuruteraan Awam
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan pengetahuan asas dalam Kejuruteraan Awam dengan memberi penekanan kepada skop Proses Pembinaan, Bahan Binaan, Struktur Kejuruteraan Awam, Geoteknik, Ukur Kejuruteraan, Sistem Pengangkutan, Kejuruteraan Jalan dan Isyarat Lalu Lintas, Sumber dan Bekalan Air, Sistem Pembersihan dan Aturcara Kontrak dan Taksiran.
C. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
Kursus ini melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal yang merangkumi sumber alam dan tenaga, penjanaan dan penggunaan haba, daya jentera serta rekabentuk, pengeluaran dan kegunaan mesin serta alat tangan.
D. Pengajian Perdagangan
Kursus ini ditawarkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar berdasarkan amalan perdagangan dan perniagaan yang merangkumi bidang pengeluaran, perdagangan, perniagaan, bantuan perniagaan, pelaburan, pemilikan perniagaan, konsumerisme dan etika amalan perniagaan.
E. Pengajian Sains Pertanian
Kursus ini adalah satu bidang pengajian saintifik terhadap prinsip dan amalan dalam penanaman, penternakan, teknologi pertanian dan pengurusan ladang.
Permohonan Kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik 2021 Online
Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/index.cfm sehingga 2 Oktober 2020.
Sebarang keterangan lanjut sila hubungi di talian :
Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
BACA JUGA : Senarai Kolej Vokasional dan Kursus KV 2021