Cara Tebus e-dompet RM50 Bantuan Dikreditkan Mulai Julai 2020 (PENJANA)

Cara Tebus e-dompet RM50 Bantuan Dikreditkan Mulai Julai 2020. Berita baik buat rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas dan berpendapatan tahunan kurang daripada RM100,000. Untuk makluman melalui Program e-Penjana yang bernilai RM750 juta, orang ramai juga akan mendapat tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-Dompet. Inisiatif e-wallet ini akan bermula pada Julai 2020 dan memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia.

Cara Tebus e-dompet RM50 Bantuan Dikreditkan Mulai Julai 2020

Menerusi Perutusan Khas Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) oleh Perdana Menteri, inisiatif ini akan diterajui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bersama platform e-dagang terpilih. Kerajaan dengan kerjasama syarikat swasta juga akan menjalankan kempen “Shop Malaysia Online” bagi menggalakkan rakyat berbelanja secara atas talian, dimana kod promosi dan pelbagai baucar diskaun akan diberi melalui platform e-dagang.

Cara Tebus e-dompet RM50 Bantuan Dikreditkan Mulai Julai 2020

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan e-dompet RM50 termasuk memaparkan syarat kelayakan dan cara permohonan serta penebusan :

Pada awal tahun ini, kerajaan Pakatan Harapan telah memberikan kredit sebanyak RM30 untuk semua rakyat Malaysia dalam usaha menggalakkan penggunaan e-wallet. Antara platform yang boleh digunakan adalah seperti Grab, Boost dan Touch n Go Digital dipilih ketika itu.

Apakah itu e-dompet?

e-Dompet atau bahasa Inggeris dikenali sebagai eWallet merupakan dompet digital yang mempunyai fungsi penyimpanan wang dan membolehkan aktiviti membeli-belah secara digital. Mudah kata anda boleh buat pembelian barang melalui secara dalam talian. Perkhidmatan e-Dompet disediakan oleh pengendali e-Dompet yang mempunyai lesen daripada Bank Negara.

Syarat Kelayakan Bantuan e-dompet RM50

  1. Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas bermula tahun 2020.
  3. Pendapatan tahunan kurang dari RM100,000.

Tarikh Claim e-dompet RM50

Kredit e-dompet berjumlah RM50 akan dipadankan dengan penawaran baucar diskaun dan pulangan tunai bernilai RM50 bagi pembelian fizikal. Dijangka kerajaan akan menawarkan kredit RM50 ini bermula bulan Julai 2020.

Cara Tebus e-dompet RM50 Bantuan Dikreditkan Mulai Julai 2020

Cara Daftar e-wallet

Muat turun salah satu aplikasi e-dompet yang terpilih dalam insentif ini. Anda perlu membuat pengesahan akaun atau identiti dengan memuat naik gambar kad pengenalan.

Cara Claim e-dompet RM50

Kredit RM50 ini akan dipadankan dengan penawaran baucar diskaun dan pulangan tunai bernilai RM50 untuk pembelian fizikal.

Bagi anda yang nak claim kredit RM50 dicadangkan muat turun aplikasi Grab, Boost dan Touch n Go Digital. Sekiranya tarikh penebusan diumumkan pada bulan Julai 2020, maka anda boleh claim nanti.

Sebarang pertanyaan lanjut sila layari ke laman rasmi penjana.treasury.gov.my, Facebook rasmi Kementerian Kewangan dan Telegram rasmi https://t.me/mofpenjana.

Leave a Reply