Permohonan Bantuan Kanak-Kanak JKM RM200, Maksimum RM1000 Sekeluarga Sebulan. Berita baik buat ibu bapa atau waris yang ingin memohon bantuan JKM untuk anak-anak. Untuk makluman bermula pada tahun 2021, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dinaikkan mengikut jenis bantuan menerusi Belanjawan 2021. Sebelum ini, bantuan kanak-kanak JKM hanya RM100 seorang kini telah dinaikkan kepada RM200 seorang bagi kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi JKM atau hadir ke Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan.
Permohonan Bantuan Kanak-Kanak JKM RM200, Maksimum RM1000 Sekeluarga Sebulan
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Kanak-Kanak JKM termasuk memaparkan kadar bantuan, syarat kelayakan dan cara mohon :
Kadar Bantuan Kanak-Kanak JKM
Jumlah bantuan lama :
- Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM100.
- Maksimum sebanyak RM450 jika anak melebihi 4 orang.
Jumlah bantuan baharu (2021) :
- Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 (sebulan) seorang.
- Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 (sebulan) seorang.
- Kadar bantuan maksimum RM1000 keluarga sebulan
Syarat Kelayakan Mohon Bantuan Kanak-Kanak JKM
Antara syarat-syarat kelayakan bantuan kanak-kanak JKM adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
- Keluarga/ penjaga kepada anak berpendapatan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun dan berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.
- Mana-mana kes yang berkeperluan akan dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat.
ARTIKEL BERKAITAN : Pendaftaran, Tuntutan Dan Semakan Kelayakan MySalam Bagi Penerima BSH, Terima Bantuan RM8,000 One-off
Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak JKM
A. Menerusi Laman Web JKM
1. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi JKM http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
2. Klik butang ‘Daftar Permohonan Atas Talian’.
3. Sila baca butiran yang dipaparkan sebelum proses permohonan.
4. Lengkapkan maklumat pada dua bahagian iaitu A dan B.
5. Setelah anda mengisi kedua-dua bahagian dengan lengkap, klik pada butang ‘Keputusan’.
6. Setelah berjaya langkah di atas, anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online.
7. Anda perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat sekurang-kurangnya 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.
8. Sila bawa beberapa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat JKM :
- Salinan MyKad pemohon
- Salinan MyKad/MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan; (jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
B. Secara Manual Pejabat JKM
Untuk memohon secara manual, sila hadir ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah di seluruh negara. Boleh rujuk disini.
Borang permohonan JKM boleh dimuat turun melalui pautan di bawah :
- JKM 18 : Borang Permohonan
- Borang Kemaskini Maklumat JKM 2020 : Borang Kemaskini
Untuk maklumat lanjut tentang bantuan JKM, sila berhubung dengan Pejabat JKM negeri seperti berikut :
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045
BACA JUGA :
Sumber : JKM