Cara Mohon Bantuan Bulanan RM350 Warga Emas JKM (BOT)

Cara Mohon Bantuan Bulanan RM350 Warga Emas JKM (BOT). Berita baik buat warga emas dimana layak mendapat bantuan bulanan RM350 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Untuk makluman, pemohon boleh membuat permohonan bantuan RM350 kepada orang tua mereka di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bagi berkelayakan akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM350 sebulan. Bantuan ini bertujuan untuk membantu warga emas meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Cara Mohon Bantuan Bulanan RM350 Warga Emas JKM (BOT)

Cara Mohon Bantuan Bulanan RM350 Warga Emas JKM (BOT)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang bantuan RM350 warga emas termasuk memaparkan syarat kelayakan dan cara permohonan :

Definisi Warga Emas

Warga emas didefinasikan sebagai mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Ageing 1982” di Vienna.

Syarat Kelayakan Bantuan Kewangan RM350 Warga Emas

Bantuan Orang Tua (BOT) yang diberikan RM350 sebulan seorang sebagai saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti. Antara syarat-syarat kelayakan Bantuan Orang Tua RM350 adalah iaitu :

  • Berumur 60 tahun ke atas.
  • Warganegara Malaysia.
  • Tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup.
  • Tiada keluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan.
  • Tidak tinggal di institusi kendalian JKM.

Artikel Berkaitan : Cara Claim RM50 ePENJANA

Kadar Bantuan Warga Emas

Penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM350 sebulan.

Cara Pemohonan Bantuan Warga Emas RM350

Permohonan boleh dibuat dengan hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Biahagian yang berdekatan. Sekiranya pemohon menghadapi kesukaran untuk hadir ke pejabat, permohonan boleh buat permohonan menerusi online (web), surat, telefon atau email.

Dokumen Sokongan

Antara dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan ketika permohonan di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon boleh membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti :

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Gambar berukuran passport
  • Dokumen sokongan lain (jika ada).

Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi :

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Aras 6, 9 – 18, No 55, Persiaran Perdana Presint 4, 62100 Putrajaya
  • Nombor telefon: 03 – 8000 8000
  • Nombor faks: 03 – 8323 2045
  • Email: helpdesk.ebantuan@jkm.gov.my

BACA JUGA : Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300

Sumber : JKM

Leave a Reply